Wednesday 6 November 2013

PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR DITIPU HIDUP-HIDUP

SEBUAH PETIKAN TERBARU YANG DISELONGKAR OLEH UNIT GERAKAN KHAS ISTANA NAN PANJANG


Pemberian Selempang dan Lambang Kebesaran Wilayah Naning

Selasa, 29 Oktober 2013 | 09:26:40 WIB
Bupati M. Shadiq Pasadigoe Dinobatkan  Pangkat Tertinggi Oleh Orang Kaya  Seri Raja Merah Wilayah Adat Perpatih Melaka.
http://www.tanahdatar.go.id/foto/83/pemberian-selempang-dan-lambang-kebesaran-wilayah-naning.html



Masih tidak sudah-sudah dengan penyamaran berkisar darjat , kuasa dan penipuan . Memang benar , kita mampu menipu siapa sahaja yang kita hajati kerana kita tahu mereka tidak mampu tahu akan kebenaran dan kesahihan dari hasil permainan rekaan cerita kita sendiri....tetapi pernahkah kita terfikir mampukah kita menipu diri kita sendiri ? jikalau jawapan pada diri itu "MAMPU" , maka haruslah bertanyakanlah pada diri apakah kita manusia atau sebaliknya ? . Perbuatan yang sungguh memalukan bangsa , keturunan dan warisan zaman berzaman .

Tidak cukup sebelum ini mencetuskan huru-hara ditanah air sendiri dan kini lebih advance , terus terbang keluar negara . Kasihan kepada PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR Ybhg. Bupati M. Shadiq Pasadigoe ditipu hidup-hidup dengan anugerah PALSU . Tergamaknya hati manusia ini dan sungguh kejam menipu beliau .

Hasil maklumat dari unit gerakan khas ISTANA NAN PANJANG ini , satu lagi kejayaan memberkas sendiket pemalsuan anugerah kebesaran wilayah undang naning melaka . Esok (8hb.Nov 2013) , S.U kepada Kebawah Kaus Y.A.M Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Abdul Latif B. Dato' Hj. Hashim iatu Dato' Seri Ab. Malek Adam akan mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli gerakan khas dibawah jawatan kuasa khas PENDUKUNG-PENDUKUNG BALAI NAN TINGGI ISTANA NAN PANJANG yang diketuai oleh Panglima/Pegawai Sulit Khas Kebawah Kaus Y.A.M Dato' Undang Naning Ke 19 iaitu DATO' IRWAN MOHD NOR bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut . Berkemungkinan besar beliau ( Dato' Seri Ab. Malek Adam ) akan menghantar beberapa pegawai yang dilantik ke TANAH DATAR bagi mendapat maklumat yang lebih jelas lagi dalam masa terdekat ini .

Pekara ini harus dipandang sirius bagi memelihara nama baik institusi naning dan hak-hak asasi PEMERINTAH KE 19 ISTANA NAN PANJANG WILAYAH UNDANG NANING . Gerakan-gerakan yang lebih mantap harus diperhebatkan agar tidak mudah lagi nama Institusi Naning ini dipermainkan dan dipijak-pijak sesuka hati lagi . Pekara seumpama ini bukan sekadar mampu memalukan bangsa melayu malah mampu menjatuhkan maruah keturunan NANING sendiri .


Sehati , Telus , Taat Dan Setia