Monday 11 November 2013

Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu antara Inti Utama

didalam Perlembagaan Persekutuan


Sebelum terbentuknya Perlembagaan Persekutuan, seluruh hampir seluruh lapisan masyarakat telah memberikan pandangan dan pendapat berkaitan dengan Perlembagaan tersebut yang diwaklili oleh pelbagai pertubuhan yang akhirnya diterima setelah dibincangkan dengan lebih terperinci. Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan dikenal untuk pertama kali melalui Perlembagaan Malayan Unionpada 1 April 1946. Walaupun, Malayan Union bukanlah Perlembagaan Persekutuan tetapi ia menjadi contoh yang mudah bagaimana membentuk perlembagaan yang baharu, bagi Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini belum pernah memakai mana-mana perlembagaan sebelum ini. Dengan pembubaran Malayan Union, pada 1 Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.

Pada 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk melihat dan meninjau serta mengambil kira pelbagai perkara dalam aspek semua kaum agar dapat dimasukkan seadil-adilnya dalam perlembagaan yang akan dilaksanakan. Sementara pada 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dan lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) telah dengan sah mengakui perlembagaan dengan memasukkan 7 wasiat dan perkara inti dalam Perlembagaan Persekutuan. Akhirnya diperakukan keseluruhannya dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Sehingga kemasukan Sabah, Sarawak, dan Singapura (keluar Malaysia selepas 2 tahun), perlembagaan telah ditambah baik sehingga terbentuknya Perlembagaan Malaysia 1963.

Kandungan Wasiat Raja-raja Melayu

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

                                                                                       (Dewan Masyarakat, September 2009, M/s 16)

Maka dalam Perlembagaan Persekutuan yang terdapat 183 perkara, ada fasal-fasal tertentu yang khusus untuk wasiat yang telah dinukilkan tersebut. Antaranya, Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5), Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5), Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Semua fasal ini adalah secara langsung berkait rapat dengan wasiat yang telah diturunkan. Dengan sebab itu, fasal-fasal ini tidak mungkin dapat dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Lihat dengan jelas fasal-fasal ini:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan 



(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.







Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.



(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.







Perkara 38. Majlis Raja-Raja.

(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:



Dengan syarat bahawa;



(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan





(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.





(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.



(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih.



(a) Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan





(b) Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,


hendaklah dalam bahasa Inggeris.



(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.







Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. 

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.



(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.



(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.



(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.



(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.



(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.



(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu.



(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.



(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.



(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.





Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
                                                                                                  (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)





Kesimpulannya, jelaslah bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, wasiat Duli-duli Yang Maha Mulia, telah diambil kira, dan menjadi inti dan tunjung dalam perlembagaan negara kita.

HUBUNG KAIT SEJARAH EMPAYAR NANING YANG DITERLUPAKAN

"Pijak melaka gegar serata ,
 Gagah melangkah berundur tiada .
 Dengar nama...bangsa barat bergoncang jiwa ,
 Sedihhh...kini bukan sekadar MELAKA malah ANAK BANGSA pun dah TERLUPA"

 - Waris Panglima Kinta -

Penghijrahan Orang Minangkabau 
Pada permulaan abad ke-13 M, orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sejarah Yang Dipertuan Besar

Raja Melewar
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor.
Rembau dan Naning merupakan dua kawasan yang banyak disebut dalam sumber Belanda sepanjang abad ke-17 iaitu selepas kuasa Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641. Tetapi hubungan orang Minangkabau dengan Belanda sentiasa renggang. Melaka berasa teracam. Kerajaan Johor pula berbaik-baik dengan Belanda sejak 1630-an kerana sering memberi bantuan kepada Belanda menentang Portugis di Melaka.
Pada tahun 1673, Johor Lama telah dimusnahkan oleh orang Jambi. Sultan Abdul Jalil (1623-1677) terpaksa melarikan diri dan menetap di Pahang dan mangkat di sana. Orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyong bagi memerintah negeri-negeri yang didiami orang Minangkabau di Semenanjung. Itu merupakan kali pertama percubaan untuk mewujudkan sebuah kerajaan Minangkabau di Semenanjung. Anak raja Pagar Ruyung, Raja Ibrahim tiba pada tahun 1677, diiringi menurut laporang Belanda oleh 3770 orang Sumatera. Orang Belanda di Melaka berasa cemas, kebimbangan kerajaan Johor lebih ketara lagi kerana pengaruh dan kewibawaannya ke atas petempatan-petempatan Minangkabau itu terancam. (Kim, 1990: 4)
Pada awal abad ke-18, Raja Kechil dari Siak berjaya merampas takhta Johor menjadikan kedudukan orang Minangkabau lebih kukuh di Semenanjung. Pada awal 1721, orang Bugis mula mencabar kewibaan dan kuasa Raja Kechil. Mereka diketuai oleh Daeng Marewa. Raja Kechil berhasrat membunuh Sultan Abdul Jalil di Pahang dan menyerang Linggi pada tahun yang sama, usaha ini gagal. Oleh itu Orang Bugis melanggar Riau dan membunuh ramai orang Minangkabau di sana. Setelah itu orang Bugis mengangkat Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil sebagai sultan Johor yang baharu. Daeng Marewa, ketua orang Bugis dilantik sebagai Yamtuan Muda.
Tetapi persaingan orang Bugis dan Raja Kechil belum berakhir. Raja Kecil cuba menyerang orang Bugis dengan menggunakan angkatan laut yang kuat. Raja Kechil cuba mendapatkan sokongan orang Minangkabau di Semenanjung. Sumber Belanda pada waktu itu menyatakan Raja Rembau ialah Raja Melewar. Raja Melewar tidak menyokong Raja Kechil kerana sumber Belanda mengatakan Raja Kechil menghantar Raja Khatib untuk menentang Raja Melewar. Pada awalnya Raja Khatib berjaya meluaskan pengaruhnya ke naning serta kawasan-kawasan lain seperti Seri menanti, Johol dan Tampin. Tetapi dalam serangan balas yang dilancarkan oleh Raja Melewar, Raja Khatib tewas, kemudian diberkas oleh orang Belanda dan dihantar balik ke Siak pada 1728. (ibid, 5)
Tidak dapat dipastikan tarikh yang tepat ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau. Pada tarikh 1727 hingga 1728 dikatakan beginda telah memerintah Rembau. (Ibid, 6). Mengikut salasilah Raja-raja Minangkabau Sultan Abdul Jalil Johan, Raja alam Minangkabau yang bertakhta di Istana Gudam Pagaruyung telah memilih anakandanya Raja Mahmud yang lebh dikenali dengan nama Raja Melewar. Pemergian Raja Melewar dibekalkan oleh ayahandanya sehelai rambut panjang kepunyaan Sultan Abdul Jalil Johan seabagi simbol keturunan dan kebesaran. Baginda telah dilantik dan diabalkan sebagai Yamtuan oleh Undang Yang Empat pada tahun 1773 dan memegang jawatan sehingga kemangkatannya pada tahun 1795. (Nadzan, 2005:, 335)

Istana Ampang Tinggi yang telah dipindahkan pernah menjadi istana.
Pada 1773 lagi, institusi beraja telah wujud secara rasmi di Negeri Sembilan apabila negeri itu ditubuhkan dengan gabungan sembilan buah daerah iaitu Rembau, Tampin, Jelebu, Johol, Jempol, Sungai Ujong, Inas dan Terachi, Hulu Muar dan Gunung Pasir. Tetapi kini pembahagian daerah telah ditukar untuk tujuan pentadbiran.
Pada awalnya jawatan Yamtuan ini tidak jatuh pada keturunan. Bila Yamtuan Melewar mangkat sipohon seorang lagi penggantinya dari Minangkabau. Anak raja yang didatangkan terus dari Pagaruyung kali ini bernama Raja Hitam yang menduduki takhta Sri Menanti antara tahun 1795-1808. Selepas kemangkatan baginda, diutuskan seorang lagi anak Raja Pagaruyung bernama Raja Lenggang yang menjadi Yamtuan dari tahun 1808 hingga tahun 1824. Ketiga-tiga anak raja yang dijemput telah diberi sambutan di Kampung Penajis dalam luak Rembau di mana didirikan sebuah istana untuk kemudahan persinggahan sebelum meneruskan perjalanan merentas hutan dan bukit-bukau ke Seri Menanti. (ibid, 335)

Istana Seri Menanti yang kini menjadi muzium.

Tuanku Muhammad
Dinasti Seri Menanti bermula dari Yamtuan keempat iaitu Yamtuan Radin anak Yamtuan Lenggang yang menaiki takhta pada tahun 1830. Kemangkatan Yamtuan Radin pada tahun 1861 telah dilantik pula Yamtuan Imam, adinda Yamtuan Radin yang menduduki takhta dari tahun 1861 sehingga 1869. Berlaku kekosongan untuk beberapa tahun disebabkan putera Yamtuan Imam yang menuntut takhta kerajaan telah tidak dilantik oleh Undang Yang Empat. Kekosongan ini berlarutan beberapa tahun sehingga Tuanku Antah putera Yamtuan Radin dipilih dari tahun 1872 hingga 1888. Ketika ini pengaruh British telah meluas ke seluruh Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad iaitu anak Yamtuan Antah telah dilantik menduduki takhta kerajaan. Oleh kerana usia baginda masih muda tatkala menaiki takhta Yamtuan Muhammad kekal sebagai Yamtuan Seri Menanti dan kemudiannya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 45 tahun (1888-1933).

Tuanku Abdul Rahman menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama.
Selepas kemangkatan baginda, terdapat beberapa calon bagi takhta Yamtuan, antaranya dua calon terkemuka iaitu adinda almarhum. Tuanku Besar Burhanuddin dan putera sulung almarhum bernama Tuanku Abdul Rahman. Undang yang empat telah memilih dan melantik putera almarhum, Tuanku Abdul Rahman dan kekal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 27 tahun (1933-1960). Apabila baginda mangkat, anakanda baginda yang sulung, Tunku Munawir telah dilantik menggantikannya dan menaiki takhta selama tujuh tahun sebelum mangkat. (ibid, 336)
Pengganti Tunku Munawir ialah Tunku Jaafar yang menaiki takhta pada 1960 hingga mangkat pada 2008. Apabila

Tuanku Munawir
Tunku Jaafar mangkat, Undang Yang Empat Negeri Sembilan telah memilih Tunku Mukhriz ibn Almarhum Tunku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.

Tuanku Jaafar menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 Malaysia.

Tuanku Mukhriz memegang jawatan Yang Dipertuan Besar sejak 2008.
SALASILAH YANG DIPERTUANAN NEGERI SEMBILAN
1. Raja Melewar 1773-1795
2. Raja Hitam 1795-1808
3. Raja Lenggang 1808-1824
4. Raja Radin 1824-1861
5. Yamtuan Imam 1861-1869
6. Tengku Ampuan Intan (Pemangku Raja) 1869-1872
7. Yamtuan Antah 1872-1888
8. Tuanku Muhammad 1888-1933
9. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960
10. Tuanku Munawir 1960-1967
11. Tuanku Jaafar 1967-2008
12. Tuanku Mukhriz 2008-kini
Rujukan
Khoo Kay Kim (Prof. Dato’), 2004, Negeri Sembilan: Sejarah Awal dan Sistem Politiknya, dalam Norazit Selat (ed.), Negeri Sembilan Dahulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Nadzan Haron (Prof. Madya Dr.), 2005, Institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan: Sejarah dan Adat Istiadatnya, Kertas Kerja Seminar Kesultanan Melayu Nusantara, Anjuran UKM & Muzium Negeri Pahang, Kuantan, 2005.
dan pelbagai sumber.

November 26, 2006

Ex-police constable is 19th Datuk Undang Naning


New Straits Times

 | November 26, 2006
(From New Straits Times (Malaysia)
ALOR GAJAH: In a colourful ceremony, the first in 55 years, a former police constable from Tampin was installed as the 19th Datuk Undang Naning. Some 1,300 Adat Perpateh practitioners gathered in Taboh,Naning, here yesterday to witness the installation of Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Abdul Latif Hashim.Hesucceeds the longest reigning Adat Perpateh Naning leader, Datuk Mohd Shah Mohd Said, who started his term in 1951.
Shah was said to be one of the most controversial Datuk Undang Naning.
He took the Malacca government to court in 1993 to claim administrative and revenue control over the 25 sub-districts in Naning. After a six-month legal battle, the Datuk Penghulu Undang Naning as an institution ceased to exist in the Malacca Constitution, but it is still practised as a custom. Shah died in 2004 and Abdul Latif was appointed his successor in June last year. According to the Adat Perpateh Naning, the Datuk Undang Naning nominee should be a male descendent of the previous Datuk Undang Naning from Suku Semelenggang Taboh. He should be married to a woman of the same descent.The ceremony started at 8am yesterday. Abdul Latif and his wife were carried by eight men into the Dol Said mosque area in a bright yellow palanquin, accompanied by traditional drums and Naning district customary board members.
The first ritual in the Majlis Makan Beradat was the bathing ceremony at a well next to the mosque. After he had dressed in the customary costume, he was carried into the mosque to pray with his customary board members.The climax of the ceremony came when he received his customary headgear from Datuk Shahbandar Abdul Ghani Hamid to the sound of three cannon shots.Another seven cannon shots were heard when the new Datuk Undang Naning received a the keris that has been handed down through 19 generations from the Menteri Penghulu Abdul Rahim Abdul Jalil.
The ceremonies ended with a swearing in ceremony. He then visited the mausoleums of his predecessors accompanied by his men - Datuk Tiang Balai, Isi Balai, Pembesar Waris and Ibu Suku Taboh and Ibu Suku Semelenggang.Present at the ceremony were Assemblyman (Taboh Naning) Datuk Nawi Ahmad and Cultural, Arts and State Heritage Director Sermaini Pien.

BILANGAN KEBAWAH KAUS Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH DATO' WILAYAH UNDANG NANING



BENDERA NANING






Bil. Undang Pemerintahan


  1. Dato' Megat Alam Melintang 1641
  2. Dato' Megat Junjungan Limau 
  3. Dato' Juara Megat 1703
  4. Dato' Kokah Bernama Zohri 
  5. Dato' Gahang Berbulu 
  6. Dato' Selamat Idris 
  7. Dato' Timbo 
  8. Dato' Anjak 1786 - 1801
  9. Dato' Abdul Said bin Omar@Dol Said 1801 - 1849
  10. Dato' Idas 1849 - 1870
  11. Dato' Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim 1870 - 1900
  12. Dato' Ranting 1900
  13. Dato' Hassan 1916
  14. Dato' Omar Bin Hassan 1918 - 1923
  15. Dato' Arshad 1923 - 1932
  16. Dato' Osman bin Kering 1932 -1942 
  17. Dato' Cek Lah bin Mohd Sab 1949 
  18. Dato' Mohd Shah bin Mohd Said al-haj 1951 - 2004
  19. Dato' Abdul Latif bin Hj. Hashim 2004 - sekarang

Kawasan Naning

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian
daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-



Dalam Daerah Alor Gajah :


  1. Ramuan China Besar
  2. Ramuan Cina Kecil
  3. Sungai Baru Ulu
  4. Masjid Tanah
  5. Sungai Siput
  6. Berisu
  7. Ayer Paabas
  8. Lendu
  9. Sungai Buloh
  10. Melekek
  11. Taboh Naning
  12. Pegoh
  13. Kelemak
  14. Pulau Sebang
  15. Tanjung Rimau
  16. Padang Sebang
  17. Gadek
  18. Melaka Pindah
  19. Rembia
  20. Sungai Petai
  21. Kemmunig
  22. Tebong
  23. Dalam Daerah Jasin
  24. Batang Melaka
  25. Jus
  26. Nyalas


Rujukan :- Tambo Alam Naning, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).