Thursday 5 September 2013

SEJARAH DATUK AROOM - KAPITAN MELAYU MELAKA

SEJARAH DATUK AROOM - KAPITAN MELAYU MELAKASEJARAH DATUK AROOM

Diriwayatkan, melalui mulut kemulut, turun menurun, bahawa seorang pedagang dan pelayar yang berjiwa besar dan mempunyai azam yang kental, telah belayar dari Tiongkok dengan mengibarkan bendera putih berlambangkan “Ta” dari Tiongkok, dengan membawa dagangannya termasuk kain sutera, tembikar dan lain-lain khazanah keluaran Negeri China untuk ditukar dengan timah, rempah ratus serta lain-lain.

Setelah belayar berbulan bulan akhirnya, mereka tiba diperairan Selat Melaka dan sedang menghampiri pelabuhan Melaka, ribut taufan telah melanda dan kapal mereka telah tenggelam.

Bila ribut pun reda, penduduk kampong dipantai Kelebang telah beramai-ramai telah berebut-rebut memungut barang hanyut yang terapung digigi air, apabila sekumpulan kanak-kanak menjumpai seorang yang tidak sedarkan diri dipantai dan memanggil ibubapa mereka yang sedang sibuk mengumpul barangan hanyut.

Mereka mendapati seorang pemuda Cina bernyawa-nyawa ikan lalu mengusungnya kerumah ketua kampong. Pada masa itu azan berkumandang diudara, dan pemuda itu telah sedarkan diri dan menanyakan suara melaung-laung yang didengar itu. Setelah diterangkan bahawa laungan Azan itu memanggil ummah untuk mengerjakan solat beliau minta diislamkan. Pemuda itu yang bernama Tan Seek Teong diberi nama Islamnya Harun [kemudiannya dipanggil Haroom, Arom, Aroom, dan lain lain bergantung siapa yang menyebutnya]

Beliau kemudiannya dikatakan telah berkahwin dengan Cik Zainab serta menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Lama kelamaan setelah menampakkan kepimpinan yang mantap, pemikiran yang bernas dan sentiasa menegakkan keadilan, beliau diamanahkan menjadi pemimpin Melayu yang disegani.

Datuk Aroom dikurniakan empat orang anak lelaki bernama Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin.



Dalam tahun 1641, setelah Portugis memerintah Melaka sejak tahun 1511, Datuk Aroom dan orang-orang nya membantu Belanda mengalahkan Portugis dan beliau telah dilantik menjadi Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah diSungai Putat dan Bukit Beruang [yang kemudiannya dijadikan tempat persemadian beliau dan keturunnya TETAPI dinamakan “TAPAK SEJARAH NISAN ACHEH” sahaja oleh pakar-pakar sejarah Melaka]

Juga Pemerintah Belanda, kerana pentabdirannya mesra Keagamaan serta menggalakkan pembinaan rumah-rumah ibadah, telah memberi tanah untuk membina Masjid yang kemudiannya dinamakan Masjid Kampung Ulu, diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Dan apabila disiap pada tahun 1670 dan digunakan, telah menibarkan bendera kemegahannya “Gagah Perkasa” [Sehingga diturunkan pada tahun 1962, setelah berkibar selama 292 tahun]

Datuk Aroom juga telah diberi tanah-tanah untuk menempatkan waris keturunannya, pegawai-pegawai masjid, hamba-hambanya serta pengikutnya yang kemudian dinamakan Kampung Ulu, Kampung Keling and Kampung Kuli.

Datuk Aroom telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan Wasiat Terakhirnya [belum dapat dikesan lagi]. Datuk Aroom telah disemadikan di Bukit Beruang bersempadan Sungai Putat [dan kemudiannya dijadikan Makam dengan berbatu Nisan ditempah dan dibawa dari Acheh [Datuk Samsudin, Datuk Budiman, Datuk Mohamad @ Ahmad juga disemadikan disitu], diluar kawasan Makam, dibenarnya menjadi tempat pengkebumian Keturunannya, hamba hambanya. Walau bagaimanapun dibenarkan juga menjadi tempat pengkebumian penduduk tempatan menggunakannya diwaktu “darurat” termasuk penduduk beragama asing.

Datuk Samsudin telah dilantik sebagai Kapitan Melayu II menggantikan ayahnya yang telah tua dan uzur dan beliau telah memperbaiki Masjid Kampung Ulu pada tahun 1741 dan menggantikan papan lantai dan dinding masjid dari kayu dengan batu-batan serta bata yang dibuat di Kampung Batu Bata.

Pada tahun 1703, Datok Aroom dilantik mewakili Signor Bernard Phoonsan, Gabenor dan Pengarah Kota dan Bandar Melaka untuk keNaning untuk menerima perletakkan jawatan ketua Naning, Kebawah KausY.A.M Orang Kaya Seri Raja Merah, kemudian melantik dan menabalkan anak Kebawah Kaus Orang Kaya, Seri Maharaja Juara Magat sebagai Dato' Naning yang baru. Terdahulu Juara Magat telah diutuskan oleh Datuk Aroom menangkap atau membunuh pengkhianat dan penculik gundik Sultan Johor, Ganta Delangit yang telah melarikan diri bersama Gundik tersebut keNaning. Diberitahu berita itu, Ganga Delangit telah melarikan diri bersama gundik Sultan ke Muar tetapi dengan kegigihan serta kecekalan Magat, beliau dapat dikesan oleh Juara Magat dan membunuhnya didalam sampan dimuara Sungai Muar. Gundik itu dapat diselamatkan dan diserah kepada Sultan Johor melalui Gabenor Melaka, Signor Bernard Poongsan.

Ekoran jasanya itu, Juara Magat dianugerahkan Pangkat Seri Mahkota dan Datuk Aroom dianugerah tanah dari Klebang ke Sungai Baru dan ke darat sampai ke Bertam.

Datuk Shamsudin telah membeli beberapa harta dan tanah di Bandar Melaka serta di sekitar Negeri Melaka dan Naning [pada masa itu dirangkum kedalam jajahan Melaka kini]. Kebanyakkan tanah dan harta di Bandar Melaka telah di “wakafkan” kepada masjid Kampung Hulu bagi kegunaan perbelanjaaan pengurusan dan pentadbiran Masjid seta pegawainya. Untuk perhatian, Masjid Kampung Ulu, tanah dan harta-harta Masjid Kampung Ulu tidah pernah diwakafkan kepada sesiapa atau mana-mana pihak dan berdasarkan Wasiat Terakhir.

Dato Samsudin, ianya hartanya sendiri dan diharamkan daripada dijual atau ditukarmilik. Dato Samsudin telah membuat Wasiat Terakhirnya di Masjid Kampung Ulu pada 27hb. Jamadil Akhir 1176 Hijrah [bersamaan 10hb Mei 1779 masehi?] Diluluskan oelh Haji Najumudin bin Fateh Abdulrahman dan telah pulang ke rahmatullah pada 19hb. Zulhijjah 1179 [bersamaan 31hb Oct 1782 Masehi] iaitu 3 tahun, 5 bulan 21 hari selepas wasiatnya dibuat dan ditandatangani. Berdasarkan dokumen-dokumen sejarah [yang disahkan oleh Akib Negara] ‘Claims of Improprioters – Malacca land’ hanya ujud 10 [sepuluh] tuan tanah termasuk 4 [empat] Kapitan Melayu [atau waris] mereka telah dikumpulkan dalam satu perjumpaan diantara Pihak Kerajaan dan 8 tuan tanah tersebut pada Selasa 10hb. Oct 1826. Geran-geran tanah mereka telah dikumpul dengan alas an untuk ditukar kepada Geran Baru, konon-nya. Setelah sedar bahawa geran-geran baru mengandungi syarat-syarat baru yang akan merugikan mereka, tuan-tuan tanah terdiri daripada orang Melayu (Kapitan-Kapitan Melayu atau waris mereka] telah mengemukakan Petisyen di Mahkamah Tinggi Straits Settlement di Malacca pada tahun 1664.

Berdasarkan tulisan Jonathan Cave berjudul “NANING IN MALACCA” dan juga tulisan Lieut. T.J. Reynold, Esg., dari 23rd Reg. Madras Light Infantry, bertajuk “POLITICAL AND STATISTICAL ACCOUNT OF THE BRITISH SETTLEMENTS IN THE STRAITS OF MALACCA” juga disahkan oleh Arkib Negara, kawasan yang dinamakan “Pangkalla Awor” seluar 2.5 batu persegi dan “Sarang Gaja” serta “Pantchoor” seluas 2 batu persegi adalah kepunyaan “Intgi Haroom” dan anaknya Surin tidak pernah menyerah atau memindah hak tanah-tanah tersebut kepada sesiapa. Apabila The Mohamedan and Hindu Endowment Board ditubuhkan, Apabila tiada usaha oleh waris keturunan Kapitan Melayu menuntut harta peninggalan mereka, Mahkamah Tinggi Melaka telah menyerah kesemua harta dibawah amanah dan pentadbiran Lembaga.

Pada tahun 1918, Hajah Aminah binti Samsudin cicit kepada Datuk Samsudin bin Aroom, telah memfail Petisyen di Mahkamah Tinggi Melaka [Originating Summons No 13 of 1919] menuntut sebahagian dari harta tersebut [keputusannya tiada dalam rekod]. Mohamedan dan Hindu Endowment Board telah dimansuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan dibawah Pengistiharan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung pada tahun 1994.

Majlis Agama Islam Melaka telah mengambil alih sebagai Pemegang Amanah dan Pentadbir Harta Pusaka Datuk Samsudin termasuk Masjid Kampung Ulu dan harta “Wakaf” nya melalui “Malacca Legal Notification” bertarikh 16hb. Januari 1964.

Satu Petisyen telah difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka [PETITION NO: 31-22-TAHUN 1989] dan seterusnya Usul Pemula [USUL PEMULA NO:23-4 TAHUN 1991].
Ianya terhenti ekoran pemergian Haji Ja’afar Bin Ahmad Shawal, ahli keturunan dan Penderma kepada kos-kos perbelanjaan tindakan Mahkamah, diikuti oleh Pemetition, arwahTuan Haji Abdul Latif. Tindakan melalui Mahkamah Tinggi ini telah memakan masa begitu lama dan menghadapi beribu rintangan serta onak dan duri selain memerlukan puluhan ribuan ringgit, [jika tidak ratusan ribuan ringgit].

Sementara itu juga, pelbagai masaalah perlu dilalui, termasuk Tangguhan demi tangguhan di mhkamah, penukaran demi penukaan Peguam, pertelingkahan diantara waris keturunan. Hakim-hakim sering berganti, tindakan menyingkir Pentadbir yang juga tidak jujur yang bukan waris keturunan yang melantik peguam yang bukan peguam. Tiada peguam Melaka yang sanggup mengambil alih dan meneruskan kuasa dimahkamah serta pelbagai masaalah yang tidak perlu saya huraikan didalam buku ini.

Mungkin dimasa hadapan, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bila perkara ini tidak menjadi ‘Sub-Judice’ lagi, cerita sedih dan derita serta serta pengianayaan yang ditanggung oleh kebanyakan Waris Keturunan dapat ditamatkan, dan bermulalah kegemilangan serta kehebatan Waris Keturunan Datuk Aroom, dengan terbangunnya ‘Perkampungan Hadhari Datuk Haroom” di Bukit Beruang dan Sungai melalui ‘Yayasan Datuk Aroom’ yang ditubuhkan sesuai dan sejajar dengan arahan dan amanat yang diwasiatkan oleh Datuk Samsudin bin Datuk Aroom, InsyaAllah.

Amin, Wassalam

Wednesday 4 September 2013

PEMERINTAH NANING SUSUN STRATEGIK

Pemerintah Naning Susun Strategi Perang Gerila & Guna Senjata Tradisional Untuk Tumpaskan Askar British Ketika Peperangan Empat Bulan



ADA kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib adalah demi membela tanah air, penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

Mungkin ia disebabkan KERAMATatau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan .

Selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Dato' Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832.

Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 - maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada  NEGERI KECIL NANING pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional.

Mengimbas perjuangan tokoh kebebasan tanah air itu, jelas bahawa ia berlaku atas semangat cintakan tanah air di kalangan penduduk Naning yang diketuai pemerintahnya iaitu Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said. Mereka bersatu padu menentang usaha British untuk menjajah negeri mereka.

Dol Said ketika itu adalah pemerintah NANING iaitu SEBUAH NEGERI yang berjiran dengan MELAKA jawatannya digelar Dato' Seroja Merah mengikut adat pepatih, tetapi TARAFNYA menyamai RAJA dan SULTAN.

Beliau dilahirkan pada 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang iaitu satu daripada dua suku yang bergilir memegang jawatan Dato' Naning, selain suku Biduanda. Tokoh pahlawan itu dilantik sebagai Dato' Naning kesembilan ketika berusia hanya 26 tahun.

Rentetan sejarah perjuangan penduduk Naning terhadap kuasa penjajah sudah berlangsung dalam tempoh yang lama membuktikan semangat nasionalisme anak watan sememangnya disemai generasi demi generasi.

Apabila Portugis menjajahi Melaka sekitar abad ke-16, Naning sering menyerang penjajah itu yang berkubu di negeri jiran mereka. Begitu juga apabila Belanda mengalahkan Portugis lalu mengambil alih pemerintahan Melaka pada abad ke-17, mereka turut diserang penduduk Naning.

Peperangan berdasarkan NEGERI JIRAN mereka iaitu MELAKA dijajahi rakyat asing dan sebagai negeri berjiran, Naning sering diganggu kuasa asing itu.

Seterusnya British mengadakan perjanjian bersyarat dikenali Perikatan London dengan Belanda pada 1824 iaitu British akan menyerahkan pemerintahan mereka di Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British .

Sejak itu, British menguasai dan memerintah Melaka dan bermulalah kisah persengketaan dan perjuangan suci antara Dol Said dan pengikutnya dengan kuasa asing itu, demi mempertahankan tanah air MERDEKA mereka iaitu Naning.

Sebelum itu pada 1801, ketika British memerintah Melaka sementara dari Belanda ketika Perang Napoleon, satu perjanjian sudah dibuat Naning yang diwakili Dato' Dol Said dan empat ketua suku dengan British, disebabkan Naning adalah NEGARA jiran kepada MELAKA yang dikuasai British.

Antara syarat perjanjian itu adalah Naning perlu menghantar satu persepuluh daripada hasil pertanian mereka kepada British. Sebelum ini pun Naning ada menghantar hasil pertanian mereka kepada Belanda sebagai tanda persahabatan dan apabila British memerintah, Naning bersetuju menghantar bahagian itu sebagai kelangsungan tanda persahabatan dengan Melaka (British) tetapi British pula menganggap Naning menghantar hasil itu disebabkan Naning tunduk kepada kekuasaan mereka .

Apabila Melaka dipulangkan kembali British kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon pada 1818, perjanjian penghantaran hasil itu mungkin turut dimansuhkan.

Belanda memerintah Melaka selama kira-kira tujuh tahun sebelum diserahkan kepada British melalui Perikatan London 1824. Apabila British kembali memerintah, mereka ingin menguatkuasakan kembali perjanjian penghantaran hasil tahunan Naning yang sudah dimansuhkan.

Bagaimanapun, takrifan satu persepuluh daripada hasil pertanian Naning seperti dikemukakan British adalah melampau dan terlalu tinggi sehingga membebankan penduduk.

Konflik timbul apabila British mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan berada di bawah pemerintahan British tetapi ia disangkal Dol Said yang menyatakan bahawa Naning adalah negeri merdeka.

Dol Said sanggup menghantar hasil tahunan sebagai tanda persahabatan tetapi tidak mahu menghantar jika British menganggap yang negeri itu adalah sebahagian dari Melaka dan mereka mesti tunduk kepada British .

Konflik itu berlarutan apabila Naning enggan tunduk kepada undang-undang diperkenalkan British apabila pada 1828, Dol Said menyelesaikan sendiri satu kes bunuh di Naning. Tindakan itu menyemarakkan lagi sengketa apabila British mendakwa kes bunuh itu perlu dihakimi oleh mereka di Melaka kerana Naning adalah sebahagian dari Melaka.

Dol Said diberi amaran oleh British berhubung perkara itu sehingga membangkitkan kemarahan tokoh itu.

Gabenor Negeri-negeri Selat (negeri-negeri selat adalah Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang diperintah British) iaitu Ibbetson melihat Naning sebagai jajahan Melaka yang ingkar dan menentang British menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menyerang dan menakluki negeri itu .

Keputusan itu menjadi pencetus kepada Perang Naning Pertama 1831. Sikap angkuh British menyebabkan mereka memandang rendah terhadap Naning dengan anggapan bahawa negeri kecil dan miskin itu mampu dikalahkan dalam tempoh sehari saja.

Lalu mereka menghantar pasukan kecil tentera iaitu seramai 150 anggota yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerang negeri itu pada 6 Ogos tahun itu.

Dol Said sudah menyedari rancangan serangan British itu menyebabkan dia mengumpul penduduk Naning dan mendapatkan bantuan ketenteraan negeri jiran antaranya dari Yamtuan Ali Rembau, Pembesar Sri Menanti, Penghulu Linggi dan Datuk Kelana Sungai Ujong .

Tanpa pengetahuan British, pasukan Naning sudah dibentuk dengan kira-kira 4,000 kekuatan tentera untuk menghadapi 150 tentera British. Bagaimanapun, British memiliki beberapa kelebihan kerana memiliki senapang dan membawa sebuah meriam manakala pasukan Dol Said sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Selain kekuatan anggota, Dol Said juga bijak merencanakan strategi perang apabila melancarkan serang gerila. Tentera British sentiasa diserang di kawasan hutan sejak mereka memulakan ekspedisi ke Naning.

Pasukan gerila hutan Dol Said menggunakan taktik menanam ranjau sebagai jerangkap samar ketika tentera British melalui laluan hutan. Mereka turut menebang pokok merentangi laluan tentera British sekali gus menghalang perjalanan mereka kerana British membawa meriam menggunakan kereta lembu.

Ketika tentera British sibuk dan leka membersihkan laluan dan mengalihkan pokok yang ditebang, pasukan Dol Said menyerang hendap mereka dan taktik serupa dilakukan berulang kali sepanjang laluan dari Melaka ke Naning, taktik itu nyata berkesan apabila tentera British terpaksa melarikan diri pulang ke Melaka akibat kecederaan, walaupun perjalanan mereka sudah memakan masa kira-kira 18 hari dan sudah sampai di Meleket iaitu kira-kira tujuh kilometer dari Naning. Melihat pasukan mereka pulang dengan kecederaan dan kalah teruk sebelum sempat menjejakkan kaki di Naning, pemerintah British menjadi berang dan mereka kembali mengumpul kekuatan untuk melancarkan gelombang Perang Naning Kedua 1832.
* Begitulah artikel yang dipetik dari pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali .


CATATAN :

Pabila diamati dan direnung sedalam-dalamnya cerita sejarah pemerintah melayu ini , sebagai melayu kita harus bangga dengan kehebatan empayar NANING ini . MENGAPA ???, Pernah ke MELAYU atau MELAYU  MELAKA dan yang lebih dekat lagi ANAK NANING sekarang ini sedar tentang hebatnya empayar ini , yang harus dibanggakan dan dijadikan asas idola jati juang diri didalam kesepakatan melayu ? . Ada , serasa lebih banyak yang tidak sedar . MENGAPA DIKATAKAN BEGITU ??...Sebagai Contoh kecil , PAPAN TANDA ARAH KEDIAMAN ISTANA PANJANG @ BALAI RASMI WILAYAH UNDANG NANING di SIMPANG AMPAT , ALOR GAJAH MELAKA dari sejak azali tidak pernah sesiapa pun diantara  MELAYU , MELAYU MELAKA atau ANAK NANING sendiri pun menyedarinya tiada pernah berpapan tanda . Sedangkan jikalau dari hujung utara semenajung malaysia ingin ke perkampungan PORTUGIS di Melaka pasti tidak akan sesat kerana ada petunjuk arah . Hanya pada Tahun 2012 baru sahaja papan tanda penujuk arah ke kediaman waris dan pemerintah ke 19 Naning itu di wujudkan . Itupun dgn adanya pejuang anak-anak melayu yang berketurunan PAGARUYUNG dari negeri yang jauh dari melaka bersama membantu memperjuangkan hingga ke hari ini . Dimana MELAYU , MELAYU MELAKA dan  ANAK NANING ??....Mungkin mereka ini TERLUPA....

Dan contoh yang paling benar , mengapa dikatakan empayar NANING ini hebat ?.....Sehebat-hebatnya kegemilangan sejarah Kesultanan Melayu Di Melaka tetapi kini Negeri Melaka tiada besultan akan tetapi sekecil-kecil wilayah naning ketika dahulu , ia tetap masih kekal disitu dan masih lagi beradat yg diistadatkan......

Bak bagai dikata dek Si NABIL...." LU FIKIR LAH SENDIRI "