Saturday 9 November 2013

KECOH-KECOH 20

Di Gempar Lagi Dengan Kewujudan Naning Ke-20

Pada 18 hb JANUARI 2013 , Isi Balai Rasmi Bergegar Lagi Dengan Satu Isu Yang Tak Sudah-Sudah Dimana Khabar Desas-Desus Akan Adanya Kewujudan DATO' UNDANG NANING YG. KE-20 dimana akan DI KORJANKAN ( dikerajaankan ) bagi mengganti DATO' UNDANG NANING YG. KE-19. Apa yg peliknya disini , tiada perkhabaran@kedengaran apa pun tentang kemangkatan Y.A.M DATO' UNDANG NANING YG. KE 19 .Alahamdulillah kelihatan Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 masih HIDUP dan nampaknya masih SIHAT WAL-AFIAT . Moga ALLAH panjangkan umur Y.A.M UNDANG NANING YG. KE-19 , Insyallah .

Jadi persoalannya disini mengapa ada pula cerita akan adanya pertabalan DATO' UNDANG NANING YG. KE-20 sedangkan YG.KE-19 masih HIDUP DAN WUJUD . Sahlah ini kerja ORANG KEMARUK NAK BERKUASA atau PENIPUAN BERANGENDA sedang berlaku . Sungguh memalukan KETURUNAN & BANGSA MELAYU .

Sudah cukup cukup sudah....Cukup sampai disini saja . Daripada batin terseksa......" Maka daripada petikan lagu itulah pada 18 hb Januari 2013 jam 12.03 tghari setelah kesahihan khabar berita bahawa majlis PERTABALAN@BERKORJAN ( berkerajaan ) yang akan diadakan , hasil dari maklumat risikan maka tanpa berlengah lagi salah seorang kerabat isi balai rasmi iaitu DATO' PADUKA SRI SYAH BANDAR diarahkan oleh Y.A.M DATO' UNDANG NANING YG. KE-19 membuat laporan POLIS di Simpang Ampat , Alor Gajah Melaka tentang perhimpunan dan kegiatan-kegiatan yang tidak bermaruah dan bermoral ini akan diadakan . Laporan tersebut berupa@berbunyi begini :-



BALAI                  : ALOR GAJAH
DAERAH                  : ALOR GAJAH
KONTINJEN          : MELAKA
NO REPOT               : SPG AMPAT/000063/13
TARIKH                    : 18/01/2013
WAKTU                      : 12.03 PM
BAHASA DITERIMA      : B.MALAYSIA

BUTIR-BUTIR PENERIMA REPOT

NAMA : STEPHANIE A/P FRANCIS                NO. PERSONAL : R167455             PANGKAT : L/KPL

PEKARA YANG DINYATAKAN :-


Pada tarikh 18 / 20 / 01 / 2013 satu kumpulan yang diketuai oleh DATO' HALIM BIN JALIL bersama DATO' LAJIS BIN THAMBI , DATO' JASNI BIN ARIFIN , DATO' DERIS BIN YUNUS , DATO' KADIR BIN MD NOR serta DATO' RAHIM BIN JALIL yang mengelar kumpulan mereka  UNDANG NANING YANG KE-20 ingin mengadakan perhimpunan di AFAMOSA pada 18/19/20/01/2013 untuk melantik DATO' UNDANG NANING KE - 20 disamping mengadakan penganugerahan pingat kebesaran kepada pihak bukan ORANG ADAT ( Orang Luar ) . DATO' UNDANG NANING KE19 bersama PEMBESAR WARIS secara rasmi membuat laporan .

Sehubungan dengan itu disini SAYA ( Dato' Undang Naning Ke-19 ) dan PEMBESAR WARIS ( Dato Paduka Seri Syahbandar ) ingin menyatakan bahawa kumpulan yang mengatakan mereka ini sebagai DATO' UNDANG NANING KE-20 adalah satu penyamaran kerana dari segi ISTILAH ADAT ADA MENYEBUT " PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI " . Ini bermakna selagi DATO' UNDANG NANING KE-19  masih bernyawa selagi itu tiada penganti yang lain ( ke-20 ) .

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR ISTITUSI ADAT NANING ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

- Kumpulan yang tidak di iktiraf ini ( HARAM ) cuba untuk memporakperandakan INSITUSI ADAT NANING dan menjerus kepada kepentingan peribadi . Mereka sedar bahawa Y.A.M DATO' UNDANG KE -19 tidak boleh dipecat tetapi mereka sengaja lakukan untuk menjadikan INSTITUSI ADAT NANING tidak stabil .

- Mereka ingin menjadikan PERHIMPUNAN tersebut bagi MENGANUGERAHKAN PINGAT KEBESARAN kepada orang bukan adat dengan matlamat MENGAUT KEUNTUNGAN daripada PENGANUGERAHAN PINGAT HARAM ini ( Mereka Yang Tiada Kelayakkan )

- Kumpulan ini telah mengunakan LAMBANG INSITUSI NANING serta KEPALA SURAT tidak sah ( Tanpa kebenaran ) . Senarai nama LEMBAGA ADAT yang tertera di kepala surat tersebut bukan yang di lantik oleh Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 . LEMBAGA ADAT tersebut adalah samasekali TIDAK SAH . LEMBAGA ADAT MESTILAH DI LANTIK OLEH Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 .

- Perhimpunan yang mereka anjurkan pada 16hb Disember 2012 jam 3.00 ptg serta cop jari yang tertera pada minit mesyuarat yang di hantar pada Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 mempunyai unsur-unsur paksaan dan tandatangan yang amat mengelirukan ( Salinan munit mesyuarat tersebut dikepilkan ) .

*BEGITULAH PETIKAN DARI Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 DIDALAM LAPORAN POLIS YANG DILAKUKAN DIBALAI  SIMPANG AMPAT , ALOR GAJAH MELAKA

  Malu sungguh dan tidak berakal langsung perbuatan yang mereka laku kan ini......Dimana agaknya maruah mereka ini ? . Sikap yang boleh dikatakan tidak harus ada didalam " PETA DUNIA " .
  Apa yang lebih memalukan lagi , MEREKA ini semua adalah dari golongan DATO'-DATO'. Keliru D'AngZheeFatt dibuatnya.....Adakah MEREKA ini adalah DATO'-DATO' yang di ANUGERAH Kan kerana kelayakan atau DATUK-DATUK yang dah NYAYOK kepinging hendak memerintah dan berkuasa walaupun didalam diri itu sedar bahawa diri TIADA LAYAK . Sungguh kuat DATUK-DATUK ini berilusi hingga sanggup mempergadai maruah juga sanggup menghadapai risiko yang bakal mendatang .Mungkin MEREKA ini tidak mengunakan cermin didalam kehidupan seharian mereka bila menyarung pakaian mereka setiap hari . Adakah golongan ini berbangsa MELAYU yang ada ISLAM nya ? Jika benar dimana juang bangsa dan keturunannya atau lebih tepat kalau kita golongkan mereka ini berbangsa MELAYU yang tiada TUHAN nya .
   Moga ALLAH berikan hidayah dan tunjukkan jalan yang benar buat mereka ini semua . Segala sumber maklumat yang disalurkan di dalam " BERITA DALAMAN UNTUK LUARAN " ini diperolehi dari Dato' Setiausaha Sulit bagi Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 .
   Bagi tujuan menghebahkan kepada pembaca-pembaca Blog ini mengetahui isi sebenar yang berlaku didalam INSTITUSI NANING ini yang wujud dari abad ke-13 lagi . Dengan pembongkaran yang berlaku ini mungkin dapat kita bersama memperjuangkan dan memelihara kembali hak warisan keturunan kita ini dari di pijak-pijak seumpama tiada nilainya seperti lanun-lanun diatas . Insyallah seandai kita sepakat bakal membawa berkat , tiada kira didalam apa jua bangsa mahupun agama . Kerana hakikatnya kita kini tinggal didalam 1 MALAYSIA.........Insyallah , laporan seterusnya " BERITA DALAMAN UNTUK LUARAN " akan dipaparkan dari masa kesemasa .