Saturday 9 November 2013

 PAHLAWAN DATO DOL SAID TABOH NANING

Muzium Alor Gajah ada pameran mengenai pahlawan Naning Dato Dol Said . Tulisan pameran menulisnya sebagai pahlawan yang menentang British pada tahun 1831-32. Semasa itu Naning adalah sebahagian dari Melaka hinggalah kini....Undang Wilayah Naning Melaka .

Dol Said menentang cukai yang dikenakan oleh British. Pada Julai 1831 ,British menghantar askar seramai 150 orang . Oleh kerana ada sokongan dari pembesar-pembesar Seri Menanti , Sg Ujung, Johol, Muar, dan lain-lain, tewaslah British dalam Perang Naning I . Menyedari bukan mudah menentang dengan sendiri maka British meminta atau kemungkinan memaksaYamtuan Muda Raja Ali  dari Rembau memberi bantuan tenaga askar. Dia bersetuju menghantar 600 askar membantu British . Mungkin Yamtuan Muda Rembau ini setuju dengan cukai yang dikenakan oleh British kerana dia dapat bahagian komisyen dari cukai yang dikutip dan ada jawatan sebagai Chief Kadhi . Pada Mac 1832 , British menyerang Naning sekali lagi dengan askar seramai 1,200 orang . Kali ini tidak ada bantuan dari pembesar-pembesar lain seperti sebelum ini . Kemungkinan British sudah menggunakan Yam Tuan Muda Rembau untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu lain dari membantu pemberontak atau lebih tepat penentang  British.

D'angZheefatt  cuba membayangkan Dato Dol Said sedang beratur dengan tenteranya menghadapi tentera British dan tentera Yamtuan . Dia pun mengangkat tangan untuk memberi isyarat untuk menyerang . Dengan suara kuat dan pelat Nogori , dia menjerit...." SOORRAANNNG!!!!!!!"....Semasa sedang bergerak mengarah menuju tentera British , Beliau menyedari bahawa yang lain tidak ikut serang dan dia keseorangan . Kalahlah Dato Dol Said dalam Perang Naning ke II . Mungkin sejarah tidak menulis Dato Dol Said mendapat bantuan dari orang-orang Johor. Oleh kerana panglima-panglima tersalah dongar arahan Dato Dol Said bahawa yang membantu adalah orang-orang Johol , Beliau tersilap memberi arahan " serang "  dalam pelat Nogori . Pelat ini tidak difahami oleh orang Melayu Johor.( Itu jenaka saja ) . Namun sejarah hari ini menyanjung mereka sebagai pahlawan kerana menang Perang Naning I akan tetapi hakikatnya dia tewas dan perjuangan menentang British tidak beroleh kemenangan .

Maklumat di Muzium juga tidak beritahu bahawa dia dikhianati orang-orang MELAYU lain yang PENAKUT  atau mudah " DIBELI "  oleh British . Selain itu kebanyakkan orang MELAYU  memberi kesetiaan seumpama BABI BUTA  kepada Yam Tuan Muda Rembau YANG  bersekongkol dengan anasir asing dan penjajah demi kekayaan diri dan jawatan yang tidak seberapa .

Hari ini kita sanjung mereka sebagai pahlawan dan disempenakan sekolah dan jalan dengan nama mereka seperti Tok Janggut , Mat Kilau , Tok Bahaman , Si Bongkok  dan lain-lain . Kagum D'angZheefatt  dengan PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU  ini . HEBAT !!! MEREKA  kerana punyaiJIWA JUANG YANG TELUS . Beruntunglah Si Ibu yang melahirkan mereka ini . PERSOALANNYA APAKAH BENAR ORANG MELAYU HEBAT ??? . Dulu orang Melayu khianat mereka . Semasa berjuang orang Melayu tunggu dan lihat dan tidak sama membantu . PAHLAWAN DATO DOL SAID  dikalahkan orang Melayu juga . Bagi yang tidak dapat hilangkan diri seperti MAT KILAU  bila mati dihina oleh orang Melayu sendiri .Sebenarnya sejarah orang Melayu selepas zaman kegemilangan Melaka pentadbiran Tun Perak / Hang Tuah , penuh sendat dengan melayu penakut , pembelot , pengaut , pengkhianat , hasad dengki , setia mengalahkan babi buta  dan lain-lain sifat-sifat cela yang diagongkan bangsawan Melayu.

" Hari Ini Dan Tika Waktu Ini Sejarah Melayu NANING Lama Ini Sedang Berulang Kembali....TETAPI BUKAN KULIT PUTIH YG. INGIN MENJAJAH TAPI ORANG-ORANG PUTIH...."

Kerektor seumpama Yam Tuan Muda Rembau masih wujud lagi .Pabila " RAJA " lemah" PEMBESAR- PEMBESAR " pula ingin berkuasa dan menikam sesama . " PENGIKUT "yang berhati kaca menjadi setia  membabi buta hingga akur setia atau merintih menerima keputusan parapemimpin yg. tamak haloba . Sikit-sikit menyokong dan hanya menyerah bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan yang berhaluan pengaut . Andai ada pendapat yang membawa kebaikan bersama pasti akan disangkal dengan berbagai alasan kerana takut niat asal tidak dapat dilaksana . Pendapat pengkritik yang membina dituduh konon-konon pemecah perpaduan . Pahlawan  yang banyakmenyumbang  dan berani menentang  demi menjaga maruah dan hak WARISAN  dari pihak luar yang bersikap ingin menjajah dari mengambilnya demi kepintangan mereka langsung tidak  pernah dihiraukan . Malah tergamak hati  sanggup melihat pahlawan tersebut " digantung terbalikan " dan dimalukan dengan tuduhan tidak berasas . Padahal kepincangan yang membahayakan warisan dan hak keturunan begitu jelas sekali . WAKIL  kepada yang ingin MENJAJAH  sudah berada didalam dan menghuru-harakan iktisad , siasah , masyarakat  dan hak warisan Melayu PENJAJAH  yang sebenar kini tidak akan menyerang untuk menjajah tetapi hanya mengatur melihat dari luar saja . Bagi MELAYU YANG TIDAK SEDAR DIRI  hari ni kebanyakkan mereka adalah penakut tidak berani bersuara , mementingkan diri sendiri , gila kuasa mudah ditipudaya , dibelit , mudah digelapkan mata dengan kata-kata manis dan pengkhianat ALIF, BA dan TA . Apa yang paling menghibakan dan memalukan kita , PENJAJAH  yang dimaksudkan ingin menjajah warisan lama ini tadi bukan lagi ORANG-ORANG BRITISH TETAPI ORANG-ORANG MELAYU  sendiri . Hemmm....Seddiihhh !!!  . "MELAYU dijual oleh ORANG MELAYU " -Otak mahal jadi murah pasal tak guna , setia macam anjing cukup dibagi makan tulang saja , mudah ditarik hidung macam kobau dan harga lebih mahal dari unta .