Saturday, 9 November 2013

KECOH-KECOH 20

Di Gempar Lagi Dengan Kewujudan Naning Ke-20

Pada 18 hb JANUARI 2013 , Isi Balai Rasmi Bergegar Lagi Dengan Satu Isu Yang Tak Sudah-Sudah Dimana Khabar Desas-Desus Akan Adanya Kewujudan DATO' UNDANG NANING YG. KE-20 dimana akan DI KORJANKAN ( dikerajaankan ) bagi mengganti DATO' UNDANG NANING YG. KE-19. Apa yg peliknya disini , tiada perkhabaran@kedengaran apa pun tentang kemangkatan Y.A.M DATO' UNDANG NANING YG. KE 19 .Alahamdulillah kelihatan Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 masih HIDUP dan nampaknya masih SIHAT WAL-AFIAT . Moga ALLAH panjangkan umur Y.A.M UNDANG NANING YG. KE-19 , Insyallah .

Jadi persoalannya disini mengapa ada pula cerita akan adanya pertabalan DATO' UNDANG NANING YG. KE-20 sedangkan YG.KE-19 masih HIDUP DAN WUJUD . Sahlah ini kerja ORANG KEMARUK NAK BERKUASA atau PENIPUAN BERANGENDA sedang berlaku . Sungguh memalukan KETURUNAN & BANGSA MELAYU .

" Sudah cukup cukup sudah....Cukup sampai disini saja . Daripada batin terseksa......" Maka daripada petikan lagu itulah pada 18 hb Januari 2013 jam 12.03 tghari setelah kesahihan khabar berita bahawa majlis PERTABALAN@BERKORJAN ( berkerajaan ) yang akan diadakan , hasil dari maklumat risikan maka tanpa berlengah lagi salah seorang kerabat isi balai rasmi iaitu DATO' PADUKA SRI SYAH BANDAR diarahkan oleh Y.A.M DATO' UNDANG NANING YG. KE-19 membuat laporan POLIS di Simpang Ampat , Alor Gajah Melaka tentang perhimpunan dan kegiatan-kegiatan yang tidak bermaruah dan bermoral ini akan diadakan . Laporan tersebut berupa@berbunyi begini :-



BALAI                  : ALOR GAJAH
DAERAH                  : ALOR GAJAH
KONTINJEN          : MELAKA
NO REPOT               : SPG AMPAT/000063/13
TARIKH                    : 18/01/2013
WAKTU                      : 12.03 PM
BAHASA DITERIMA      : B.MALAYSIA

BUTIR-BUTIR PENERIMA REPOT

NAMA : STEPHANIE A/P FRANCIS                NO. PERSONAL : R167455             PANGKAT : L/KPL

PEKARA YANG DINYATAKAN :-


Pada tarikh 18 / 20 / 01 / 2013 satu kumpulan yang diketuai oleh DATO' HALIM BIN JALIL bersama DATO' LAJIS BIN THAMBI , DATO' JASNI BIN ARIFIN , DATO' DERIS BIN YUNUS , DATO' KADIR BIN MD NOR serta DATO' RAHIM BIN JALIL yang mengelar kumpulan mereka  UNDANG NANING YANG KE-20 ingin mengadakan perhimpunan di AFAMOSA pada 18/19/20/01/2013 untuk melantik DATO' UNDANG NANING KE - 20 disamping mengadakan penganugerahan pingat kebesaran kepada pihak bukan ORANG ADAT ( Orang Luar ) . DATO' UNDANG NANING KE19 bersama PEMBESAR WARIS secara rasmi membuat laporan .

Sehubungan dengan itu disini SAYA ( Dato' Undang Naning Ke-19 ) dan PEMBESAR WARIS ( Dato Paduka Seri Syahbandar ) ingin menyatakan bahawa kumpulan yang mengatakan mereka ini sebagai DATO' UNDANG NANING KE-20 adalah satu penyamaran kerana dari segi ISTILAH ADAT ADA MENYEBUT " PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI " . Ini bermakna selagi DATO' UNDANG NANING KE-19  masih bernyawa selagi itu tiada penganti yang lain ( ke-20 ) .

DIANTARA PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR ISTITUSI ADAT NANING ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

- Kumpulan yang tidak di iktiraf ini ( HARAM ) cuba untuk memporakperandakan INSITUSI ADAT NANING dan menjerus kepada kepentingan peribadi . Mereka sedar bahawa Y.A.M DATO' UNDANG KE -19 tidak boleh dipecat tetapi mereka sengaja lakukan untuk menjadikan INSTITUSI ADAT NANING tidak stabil .

- Mereka ingin menjadikan PERHIMPUNAN tersebut bagi MENGANUGERAHKAN PINGAT KEBESARAN kepada orang bukan adat dengan matlamat MENGAUT KEUNTUNGAN daripada PENGANUGERAHAN PINGAT HARAM ini ( Mereka Yang Tiada Kelayakkan )

- Kumpulan ini telah mengunakan LAMBANG INSITUSI NANING serta KEPALA SURAT tidak sah ( Tanpa kebenaran ) . Senarai nama LEMBAGA ADAT yang tertera di kepala surat tersebut bukan yang di lantik oleh Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 . LEMBAGA ADAT tersebut adalah samasekali TIDAK SAH . LEMBAGA ADAT MESTILAH DI LANTIK OLEH Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 .

- Perhimpunan yang mereka anjurkan pada 16hb Disember 2012 jam 3.00 ptg serta cop jari yang tertera pada minit mesyuarat yang di hantar pada Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 mempunyai unsur-unsur paksaan dan tandatangan yang amat mengelirukan ( Salinan munit mesyuarat tersebut dikepilkan ) .

*BEGITULAH PETIKAN DARI Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE-19 DIDALAM LAPORAN POLIS YANG DILAKUKAN DIBALAI  SIMPANG AMPAT , ALOR GAJAH MELAKA

  Malu sungguh dan tidak berakal langsung perbuatan yang mereka laku kan ini......Dimana agaknya maruah mereka ini ? . Sikap yang boleh dikatakan tidak harus ada didalam " PETA DUNIA " .
  Apa yang lebih memalukan lagi , MEREKA ini semua adalah dari golongan DATO'-DATO'. Keliru D'AngZheeFatt dibuatnya.....Adakah MEREKA ini adalah DATO'-DATO' yang di ANUGERAH Kan kerana kelayakan atau DATUK-DATUK yang dah NYAYOK kepinging hendak memerintah dan berkuasa walaupun didalam diri itu sedar bahawa diri TIADA LAYAK . Sungguh kuat DATUK-DATUK ini berilusi hingga sanggup mempergadai maruah juga sanggup menghadapai risiko yang bakal mendatang .Mungkin MEREKA ini tidak mengunakan cermin didalam kehidupan seharian mereka bila menyarung pakaian mereka setiap hari . Adakah golongan ini berbangsa MELAYU yang ada ISLAM nya ? Jika benar dimana juang bangsa dan keturunannya atau lebih tepat kalau kita golongkan mereka ini berbangsa MELAYU yang tiada TUHAN nya .
   Moga ALLAH berikan hidayah dan tunjukkan jalan yang benar buat mereka ini semua . Segala sumber maklumat yang disalurkan di dalam " BERITA DALAMAN UNTUK LUARAN " ini diperolehi dari Dato' Setiausaha Sulit bagi Y.A.M DATO' UNDANG NANING YANG KE-19 .
   Bagi tujuan menghebahkan kepada pembaca-pembaca Blog ini mengetahui isi sebenar yang berlaku didalam INSTITUSI NANING ini yang wujud dari abad ke-13 lagi . Dengan pembongkaran yang berlaku ini mungkin dapat kita bersama memperjuangkan dan memelihara kembali hak warisan keturunan kita ini dari di pijak-pijak seumpama tiada nilainya seperti lanun-lanun diatas . Insyallah seandai kita sepakat bakal membawa berkat , tiada kira didalam apa jua bangsa mahupun agama . Kerana hakikatnya kita kini tinggal didalam 1 MALAYSIA.........Insyallah , laporan seterusnya " BERITA DALAMAN UNTUK LUARAN " akan dipaparkan dari masa kesemasa .

 PAHLAWAN DATO DOL SAID TABOH NANING

Muzium Alor Gajah ada pameran mengenai pahlawan Naning Dato Dol Said . Tulisan pameran menulisnya sebagai pahlawan yang menentang British pada tahun 1831-32. Semasa itu Naning adalah sebahagian dari Melaka hinggalah kini....Undang Wilayah Naning Melaka .

Dol Said menentang cukai yang dikenakan oleh British. Pada Julai 1831 ,British menghantar askar seramai 150 orang . Oleh kerana ada sokongan dari pembesar-pembesar Seri Menanti , Sg Ujung, Johol, Muar, dan lain-lain, tewaslah British dalam Perang Naning I . Menyedari bukan mudah menentang dengan sendiri maka British meminta atau kemungkinan memaksaYamtuan Muda Raja Ali  dari Rembau memberi bantuan tenaga askar. Dia bersetuju menghantar 600 askar membantu British . Mungkin Yamtuan Muda Rembau ini setuju dengan cukai yang dikenakan oleh British kerana dia dapat bahagian komisyen dari cukai yang dikutip dan ada jawatan sebagai Chief Kadhi . Pada Mac 1832 , British menyerang Naning sekali lagi dengan askar seramai 1,200 orang . Kali ini tidak ada bantuan dari pembesar-pembesar lain seperti sebelum ini . Kemungkinan British sudah menggunakan Yam Tuan Muda Rembau untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu lain dari membantu pemberontak atau lebih tepat penentang  British.

D'angZheefatt  cuba membayangkan Dato Dol Said sedang beratur dengan tenteranya menghadapi tentera British dan tentera Yamtuan . Dia pun mengangkat tangan untuk memberi isyarat untuk menyerang . Dengan suara kuat dan pelat Nogori , dia menjerit...." SOORRAANNNG!!!!!!!"....Semasa sedang bergerak mengarah menuju tentera British , Beliau menyedari bahawa yang lain tidak ikut serang dan dia keseorangan . Kalahlah Dato Dol Said dalam Perang Naning ke II . Mungkin sejarah tidak menulis Dato Dol Said mendapat bantuan dari orang-orang Johor. Oleh kerana panglima-panglima tersalah dongar arahan Dato Dol Said bahawa yang membantu adalah orang-orang Johol , Beliau tersilap memberi arahan " serang "  dalam pelat Nogori . Pelat ini tidak difahami oleh orang Melayu Johor.( Itu jenaka saja ) . Namun sejarah hari ini menyanjung mereka sebagai pahlawan kerana menang Perang Naning I akan tetapi hakikatnya dia tewas dan perjuangan menentang British tidak beroleh kemenangan .

Maklumat di Muzium juga tidak beritahu bahawa dia dikhianati orang-orang MELAYU lain yang PENAKUT  atau mudah " DIBELI "  oleh British . Selain itu kebanyakkan orang MELAYU  memberi kesetiaan seumpama BABI BUTA  kepada Yam Tuan Muda Rembau YANG  bersekongkol dengan anasir asing dan penjajah demi kekayaan diri dan jawatan yang tidak seberapa .

Hari ini kita sanjung mereka sebagai pahlawan dan disempenakan sekolah dan jalan dengan nama mereka seperti Tok Janggut , Mat Kilau , Tok Bahaman , Si Bongkok  dan lain-lain . Kagum D'angZheefatt  dengan PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU  ini . HEBAT !!! MEREKA  kerana punyaiJIWA JUANG YANG TELUS . Beruntunglah Si Ibu yang melahirkan mereka ini . PERSOALANNYA APAKAH BENAR ORANG MELAYU HEBAT ??? . Dulu orang Melayu khianat mereka . Semasa berjuang orang Melayu tunggu dan lihat dan tidak sama membantu . PAHLAWAN DATO DOL SAID  dikalahkan orang Melayu juga . Bagi yang tidak dapat hilangkan diri seperti MAT KILAU  bila mati dihina oleh orang Melayu sendiri .Sebenarnya sejarah orang Melayu selepas zaman kegemilangan Melaka pentadbiran Tun Perak / Hang Tuah , penuh sendat dengan melayu penakut , pembelot , pengaut , pengkhianat , hasad dengki , setia mengalahkan babi buta  dan lain-lain sifat-sifat cela yang diagongkan bangsawan Melayu.

" Hari Ini Dan Tika Waktu Ini Sejarah Melayu NANING Lama Ini Sedang Berulang Kembali....TETAPI BUKAN KULIT PUTIH YG. INGIN MENJAJAH TAPI ORANG-ORANG PUTIH...."

Kerektor seumpama Yam Tuan Muda Rembau masih wujud lagi .Pabila " RAJA " lemah" PEMBESAR- PEMBESAR " pula ingin berkuasa dan menikam sesama . " PENGIKUT "yang berhati kaca menjadi setia  membabi buta hingga akur setia atau merintih menerima keputusan parapemimpin yg. tamak haloba . Sikit-sikit menyokong dan hanya menyerah bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan yang berhaluan pengaut . Andai ada pendapat yang membawa kebaikan bersama pasti akan disangkal dengan berbagai alasan kerana takut niat asal tidak dapat dilaksana . Pendapat pengkritik yang membina dituduh konon-konon pemecah perpaduan . Pahlawan  yang banyakmenyumbang  dan berani menentang  demi menjaga maruah dan hak WARISAN  dari pihak luar yang bersikap ingin menjajah dari mengambilnya demi kepintangan mereka langsung tidak  pernah dihiraukan . Malah tergamak hati  sanggup melihat pahlawan tersebut " digantung terbalikan " dan dimalukan dengan tuduhan tidak berasas . Padahal kepincangan yang membahayakan warisan dan hak keturunan begitu jelas sekali . WAKIL  kepada yang ingin MENJAJAH  sudah berada didalam dan menghuru-harakan iktisad , siasah , masyarakat  dan hak warisan Melayu . PENJAJAH  yang sebenar kini tidak akan menyerang untuk menjajah tetapi hanya mengatur melihat dari luar saja . Bagi MELAYU YANG TIDAK SEDAR DIRI  hari ni kebanyakkan mereka adalah penakut tidak berani bersuara , mementingkan diri sendiri , gila kuasa mudah ditipudaya , dibelit , mudah digelapkan mata dengan kata-kata manis dan pengkhianat ALIF, BA dan TA . Apa yang paling menghibakan dan memalukan kita , PENJAJAH  yang dimaksudkan ingin menjajah warisan lama ini tadi bukan lagi ORANG-ORANG BRITISH TETAPI ORANG-ORANG MELAYU  sendiri . Hemmm....Seddiihhh !!!  . "MELAYU dijual oleh ORANG MELAYU " -Otak mahal jadi murah pasal tak guna , setia macam anjing cukup dibagi makan tulang saja , mudah ditarik hidung macam kobau dan harga lebih mahal dari unta .

Thursday, 7 November 2013

K.D.Y.M.M SULTAN-SULTAN / D.Y.M.M RAJA-RAJA / D.Y.M.M YANG DIPERTUAN BESAR DAN K.K.Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH YANG MEMPUNYAI NEGERI DAN WILAYAH SENDIRI.



SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong
merangkap KDYMM Sultan Kedah dan KDYMM Sultanah Kedah



KDYMM Al Sultan Kelantan 
merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong



DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Perempuan



KDYMM Sultan Terengganu dan KDYMM Sultanah



DYMM Sultan Selangor


DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri



DYMM Sultan Johor
Sultan Ibrahim Ismail dan DYMM Raja Zarith Sofea bt Almarhum Sultan Idris Shah

 KDYMM Sultan Pahang dan DYMM Sultanah



DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Ampuan


 K.K.Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH
DATO' ABDUL LATIF BIN DATO' HAJI HASHIM
UNDANG NANING KE-19

Wednesday, 6 November 2013

Istana Nan Panjang Wilayah Undang Naning Melaka: PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR DITIPU HIDUP-HIDU...

Istana Nan Panjang Wilayah Undang Naning Melaka: PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR DITIPU HIDUP-HIDU...: SEBUAH PETIKAN TERBARU YANG DISELONGKAR OLEH UNIT GERAKAN KHAS ISTANA NAN PANJANG Pemberian Selempang dan Lambang Kebesaran Wilayah Nan...

PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR DITIPU HIDUP-HIDUP

SEBUAH PETIKAN TERBARU YANG DISELONGKAR OLEH UNIT GERAKAN KHAS ISTANA NAN PANJANG


Pemberian Selempang dan Lambang Kebesaran Wilayah Naning

Selasa, 29 Oktober 2013 | 09:26:40 WIB
Bupati M. Shadiq Pasadigoe Dinobatkan  Pangkat Tertinggi Oleh Orang Kaya  Seri Raja Merah Wilayah Adat Perpatih Melaka.
http://www.tanahdatar.go.id/foto/83/pemberian-selempang-dan-lambang-kebesaran-wilayah-naning.html



Masih tidak sudah-sudah dengan penyamaran berkisar darjat , kuasa dan penipuan . Memang benar , kita mampu menipu siapa sahaja yang kita hajati kerana kita tahu mereka tidak mampu tahu akan kebenaran dan kesahihan dari hasil permainan rekaan cerita kita sendiri....tetapi pernahkah kita terfikir mampukah kita menipu diri kita sendiri ? jikalau jawapan pada diri itu "MAMPU" , maka haruslah bertanyakanlah pada diri apakah kita manusia atau sebaliknya ? . Perbuatan yang sungguh memalukan bangsa , keturunan dan warisan zaman berzaman .

Tidak cukup sebelum ini mencetuskan huru-hara ditanah air sendiri dan kini lebih advance , terus terbang keluar negara . Kasihan kepada PEMERINTAH KABUPATEN TANAH DATAR Ybhg. Bupati M. Shadiq Pasadigoe ditipu hidup-hidup dengan anugerah PALSU . Tergamaknya hati manusia ini dan sungguh kejam menipu beliau .

Hasil maklumat dari unit gerakan khas ISTANA NAN PANJANG ini , satu lagi kejayaan memberkas sendiket pemalsuan anugerah kebesaran wilayah undang naning melaka . Esok (8hb.Nov 2013) , S.U kepada Kebawah Kaus Y.A.M Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Abdul Latif B. Dato' Hj. Hashim iatu Dato' Seri Ab. Malek Adam akan mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli gerakan khas dibawah jawatan kuasa khas PENDUKUNG-PENDUKUNG BALAI NAN TINGGI ISTANA NAN PANJANG yang diketuai oleh Panglima/Pegawai Sulit Khas Kebawah Kaus Y.A.M Dato' Undang Naning Ke 19 iaitu DATO' IRWAN MOHD NOR bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut . Berkemungkinan besar beliau ( Dato' Seri Ab. Malek Adam ) akan menghantar beberapa pegawai yang dilantik ke TANAH DATAR bagi mendapat maklumat yang lebih jelas lagi dalam masa terdekat ini .

Pekara ini harus dipandang sirius bagi memelihara nama baik institusi naning dan hak-hak asasi PEMERINTAH KE 19 ISTANA NAN PANJANG WILAYAH UNDANG NANING . Gerakan-gerakan yang lebih mantap harus diperhebatkan agar tidak mudah lagi nama Institusi Naning ini dipermainkan dan dipijak-pijak sesuka hati lagi . Pekara seumpama ini bukan sekadar mampu memalukan bangsa melayu malah mampu menjatuhkan maruah keturunan NANING sendiri .


Sehati , Telus , Taat Dan Setia

Monday, 28 October 2013

PERTANDINGAN MENEMBAK KELAB KAJANG SELANGOR 2013

Pertandingan Menembak Padang Sasar
KELAB MENEMBAK KAJANG
2013


PADA 29 SEPT. 2013 SEKALI LAGI KEBAWAH KAUS Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH DATO' UNDANG NANING KE 19 MENJADI JEMPUTAN KEHORMAT DIDALAM PERTANDINGAN MENEMBAK KELAB MENEMBAK KAJANG . ROMBANGAN DARI ISTANA NAN PANJANG WILAYAH UNDANG NANING DI ANGGARKAN LEBIH KURANG 40 ORANG HADIR DIDALAM PERTANDINGAN TERSEBUT BAGI MENGIRINGI Y.AM DATO' UNDANG NANING KE 19 KETIKA HADIR DIDALAM PERTANDINGAN TERSEBUT . PADA TAHUN INI PESERTA-PESERTA PROFESIONAL BANYAK MENGAMBIL BAHAGIAN , PESRERTA MUDA JUGA TIDAK KETINGGALAN MENYERTAI PRTANDINGAN TERSEBUT .

PADA TAHUN INI SKUAD PENGIRING KHAS DIKETUAI OLEH DATO' SERI PHUA CHONG LEE IAITU SELAKU KETUA GERAKAN KHAS BAGI ISTANA NAN PANJANG WILAYAH NANING DIBAWAH PENTABIRAN DATO' PANGLIMA KEHORMAT IRWAN MOHD NOR SELAKU PANGLIMA/PEGAWAI SULIT KHAS KEBAWAH KAUS Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE 19 .

INSYALLAH MOGA JEMPUTAN INI MENJADI TERADISI KEPADA KITA SETIAP TAHUN BAGI MEMPERKUATKAN PERHUBUNGAN DIANTARA KELAB MENEMBAK KAJANG DAN ISTANA NAN PANJANG .



BARISAN -BARISAN YANG TURUT SERTA MENGAMBIL BAHAGIAN  DIDALAM SALAH SATU ACARA PERTANDINGAN TERSEBUT



 DATO' SRI PHUA CHONG LEE SEDANG BERTANYA SYARAT-SYARAT DIDALAM PERTANDINGAN TERSEBUT




KUMPULAN Y.A.M DATO' UNDANG KE 19
DARI KIRI :- DATO' SERI PHUA CHONG LEE , DATO PANGLIMA IRWAN MOHD NOR , Y.A.M DATO' UNDANG KE 19 DAN DATO' SERI HISHAM




DIANTARA YANG JUGA TURUT HADIR PADA HARI TERSEBUT DATO JAMALUDDIN BEKAS PEMBANTU KHAS S.U DATO SERI AB MALEK




BEGITU TERTIB SETIAP PENGIRING KHAS ISTANA NAN PANGJANG DIDALAM MENGAWAL Y.A.M DATO UNDANG NANING KE 19 KETIKA BERSANTAP TENGAHARI




DARI KIRI : YBHG KHAIRUL AZUAN , DATO' PANGLIMA IRWAN MOHD NOR , DATO' SERI PHUA CHONG LEE , KEBAWAH KAUS ORANG KAYA SERI RAJA MERAH DATO' UNDANG NANING KE 19 , DATO' PADUKA ROSLAN CHAI , DATO' SERI AB MALEK ADAM DAN DATO' SERI HISHAM








PENGIRING-PENGIRING KHAS ISTANA NAN PANJANG MAKAN BERSAMA-SAMA Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE 19
DI SATAY KAJANG SEBELUM PULANG KE ISTANA



KITA BERHARAP PADA TAHUN-TAHUN YANG AKAN DATANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN KE ATAS INSTITUSI NANING DAN ISTANA PANJANG WILAYAH NANING . 

Wednesday, 18 September 2013

Majlis Makan Malam Aidilfitri Bersama Persatuan Keluarga Jamallulail Perak 2013

Pada 9 September 2013 , KEBAWAH KAUS Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH DATO' ABDUL LATIF BIN HJ. HASHIM UNDANG NANING KE 19 telah dijemput menjadi tetamu kehormat oleh PERSATUAN KELUARGA JAMALLULAI NEGERI PERAK bagi menyerikan MAJLIS MAKAN MALAM AIDILFITRI yang diadakan di negeri PERAK DARUL RIDZUAN .

Rombongan dari ISTANA NAN PANJANG UNDANG WILAYAH NANING selamat tiba daripada MELAKA kemajlis tersebut pada jam 9 malam . Ketibaan Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE 19 disambut oleh Tuan Syed Abdullah Syed Osman iaitu YDP PERSATUAN KELUARGA JAMALLULAI dan Y.M RAJA SAYYID SHEIKH ARIFFIN AL-HAJ (dari persatuan sejarah malaysia ) Dato Zainuri Mohd Nor dan juga Dato' Halmee Ramli turut bersama-sama beliau ketika menyambut kehadiran Y.A.M DATO' UNDANG KE 19 .

Diantara yang hadir bersama-sama didalam rombongan ISTANA NANING MELAKA itu ialah Dato' Syahbandar , Dato' Seri Ab. Malek Adam ( Setiausaha Sulit Y.A.M ) , Dato' Panglima Kehormat Irwan Mohd Nor ( Panglima Khas/Pegawai Khas Y.A.M ) dan beberapa orang-orang penting istana .

Y.A.M ORANG KAYA SERI RAJA MERAH amat berpuas hati diatas jemputan dan layanan yang telah diberikan daripada Persatuan Keluarga Jamalullail . Y.A.M DATO' UNDANG juga diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah buat kepada tetamu-tetamu yang hadir pada malam majlis tersebut .




KETIBAAN Y.A.M DATO' UNDANG YG KE 19




DATO' SYAHBANDAR BERSAMA DATO' SWEE GHUAN KHOR DARI PERLIS TURUT BERSAMA Y.A.M DATO' UNDANG YG KE 19




YM RAJA SAYYID SHEIKH ARIFFIN AL-HAJ ( PENGKAJI SEJARAH ARKIB NEGARA ) SEDANG BERBINCANG SESUATU BERSAMA Y.A.M DATO' UNDANG NANING KE 19




DATO' SERI AB MALEK ADAM BERSAMA ISTERI DAN PUTRI BELIAU TURUT HADIR MENYERIKAN MAJLIS MALAM ITU







DATO' ADNAN MENYAMPAIKAN SESUATU KEPADA Y.A.M DATO' UNDANG











Y.A.M DATO' UNDANG DIBERI PENGHORMATAN UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH






SALAH SEORANG PEMENANG CABUTAN BERTUAH YG. HADIR PADA MALAM JAMUAN TERSEBUT






BERGAMBAR DI HADAPAN WARTAWAN KETIKA DI MINTA




Y.A.M BERANGAT PULANG PADA JAM 11.00 MALAM






DI IRINGI DGN PAK ENGKU ( PENGKAJI SEJARAH ARKIB NEGARA )

Thursday, 5 September 2013

SEJARAH DATUK AROOM - KAPITAN MELAYU MELAKA

SEJARAH DATUK AROOM - KAPITAN MELAYU MELAKASEJARAH DATUK AROOM

Diriwayatkan, melalui mulut kemulut, turun menurun, bahawa seorang pedagang dan pelayar yang berjiwa besar dan mempunyai azam yang kental, telah belayar dari Tiongkok dengan mengibarkan bendera putih berlambangkan “Ta” dari Tiongkok, dengan membawa dagangannya termasuk kain sutera, tembikar dan lain-lain khazanah keluaran Negeri China untuk ditukar dengan timah, rempah ratus serta lain-lain.

Setelah belayar berbulan bulan akhirnya, mereka tiba diperairan Selat Melaka dan sedang menghampiri pelabuhan Melaka, ribut taufan telah melanda dan kapal mereka telah tenggelam.

Bila ribut pun reda, penduduk kampong dipantai Kelebang telah beramai-ramai telah berebut-rebut memungut barang hanyut yang terapung digigi air, apabila sekumpulan kanak-kanak menjumpai seorang yang tidak sedarkan diri dipantai dan memanggil ibubapa mereka yang sedang sibuk mengumpul barangan hanyut.

Mereka mendapati seorang pemuda Cina bernyawa-nyawa ikan lalu mengusungnya kerumah ketua kampong. Pada masa itu azan berkumandang diudara, dan pemuda itu telah sedarkan diri dan menanyakan suara melaung-laung yang didengar itu. Setelah diterangkan bahawa laungan Azan itu memanggil ummah untuk mengerjakan solat beliau minta diislamkan. Pemuda itu yang bernama Tan Seek Teong diberi nama Islamnya Harun [kemudiannya dipanggil Haroom, Arom, Aroom, dan lain lain bergantung siapa yang menyebutnya]

Beliau kemudiannya dikatakan telah berkahwin dengan Cik Zainab serta menjadi penduduk contoh, dipercayai dan dihormati. Lama kelamaan setelah menampakkan kepimpinan yang mantap, pemikiran yang bernas dan sentiasa menegakkan keadilan, beliau diamanahkan menjadi pemimpin Melayu yang disegani.

Datuk Aroom dikurniakan empat orang anak lelaki bernama Sulong, Samsudin, Puteh dan Surin.



Dalam tahun 1641, setelah Portugis memerintah Melaka sejak tahun 1511, Datuk Aroom dan orang-orang nya membantu Belanda mengalahkan Portugis dan beliau telah dilantik menjadi Kapitan Melayu Melaka dan dianugerahkan tanah diSungai Putat dan Bukit Beruang [yang kemudiannya dijadikan tempat persemadian beliau dan keturunnya TETAPI dinamakan “TAPAK SEJARAH NISAN ACHEH” sahaja oleh pakar-pakar sejarah Melaka]

Juga Pemerintah Belanda, kerana pentabdirannya mesra Keagamaan serta menggalakkan pembinaan rumah-rumah ibadah, telah memberi tanah untuk membina Masjid yang kemudiannya dinamakan Masjid Kampung Ulu, diperbuat daripada kayu yang dibawa dari Cina. Dan apabila disiap pada tahun 1670 dan digunakan, telah menibarkan bendera kemegahannya “Gagah Perkasa” [Sehingga diturunkan pada tahun 1962, setelah berkibar selama 292 tahun]

Datuk Aroom juga telah diberi tanah-tanah untuk menempatkan waris keturunannya, pegawai-pegawai masjid, hamba-hambanya serta pengikutnya yang kemudian dinamakan Kampung Ulu, Kampung Keling and Kampung Kuli.

Datuk Aroom telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan Wasiat Terakhirnya [belum dapat dikesan lagi]. Datuk Aroom telah disemadikan di Bukit Beruang bersempadan Sungai Putat [dan kemudiannya dijadikan Makam dengan berbatu Nisan ditempah dan dibawa dari Acheh [Datuk Samsudin, Datuk Budiman, Datuk Mohamad @ Ahmad juga disemadikan disitu], diluar kawasan Makam, dibenarnya menjadi tempat pengkebumian Keturunannya, hamba hambanya. Walau bagaimanapun dibenarkan juga menjadi tempat pengkebumian penduduk tempatan menggunakannya diwaktu “darurat” termasuk penduduk beragama asing.

Datuk Samsudin telah dilantik sebagai Kapitan Melayu II menggantikan ayahnya yang telah tua dan uzur dan beliau telah memperbaiki Masjid Kampung Ulu pada tahun 1741 dan menggantikan papan lantai dan dinding masjid dari kayu dengan batu-batan serta bata yang dibuat di Kampung Batu Bata.

Pada tahun 1703, Datok Aroom dilantik mewakili Signor Bernard Phoonsan, Gabenor dan Pengarah Kota dan Bandar Melaka untuk keNaning untuk menerima perletakkan jawatan ketua Naning, Kebawah KausY.A.M Orang Kaya Seri Raja Merah, kemudian melantik dan menabalkan anak Kebawah Kaus Orang Kaya, Seri Maharaja Juara Magat sebagai Dato' Naning yang baru. Terdahulu Juara Magat telah diutuskan oleh Datuk Aroom menangkap atau membunuh pengkhianat dan penculik gundik Sultan Johor, Ganta Delangit yang telah melarikan diri bersama Gundik tersebut keNaning. Diberitahu berita itu, Ganga Delangit telah melarikan diri bersama gundik Sultan ke Muar tetapi dengan kegigihan serta kecekalan Magat, beliau dapat dikesan oleh Juara Magat dan membunuhnya didalam sampan dimuara Sungai Muar. Gundik itu dapat diselamatkan dan diserah kepada Sultan Johor melalui Gabenor Melaka, Signor Bernard Poongsan.

Ekoran jasanya itu, Juara Magat dianugerahkan Pangkat Seri Mahkota dan Datuk Aroom dianugerah tanah dari Klebang ke Sungai Baru dan ke darat sampai ke Bertam.

Datuk Shamsudin telah membeli beberapa harta dan tanah di Bandar Melaka serta di sekitar Negeri Melaka dan Naning [pada masa itu dirangkum kedalam jajahan Melaka kini]. Kebanyakkan tanah dan harta di Bandar Melaka telah di “wakafkan” kepada masjid Kampung Hulu bagi kegunaan perbelanjaaan pengurusan dan pentadbiran Masjid seta pegawainya. Untuk perhatian, Masjid Kampung Ulu, tanah dan harta-harta Masjid Kampung Ulu tidah pernah diwakafkan kepada sesiapa atau mana-mana pihak dan berdasarkan Wasiat Terakhir.

Dato Samsudin, ianya hartanya sendiri dan diharamkan daripada dijual atau ditukarmilik. Dato Samsudin telah membuat Wasiat Terakhirnya di Masjid Kampung Ulu pada 27hb. Jamadil Akhir 1176 Hijrah [bersamaan 10hb Mei 1779 masehi?] Diluluskan oelh Haji Najumudin bin Fateh Abdulrahman dan telah pulang ke rahmatullah pada 19hb. Zulhijjah 1179 [bersamaan 31hb Oct 1782 Masehi] iaitu 3 tahun, 5 bulan 21 hari selepas wasiatnya dibuat dan ditandatangani. Berdasarkan dokumen-dokumen sejarah [yang disahkan oleh Akib Negara] ‘Claims of Improprioters – Malacca land’ hanya ujud 10 [sepuluh] tuan tanah termasuk 4 [empat] Kapitan Melayu [atau waris] mereka telah dikumpulkan dalam satu perjumpaan diantara Pihak Kerajaan dan 8 tuan tanah tersebut pada Selasa 10hb. Oct 1826. Geran-geran tanah mereka telah dikumpul dengan alas an untuk ditukar kepada Geran Baru, konon-nya. Setelah sedar bahawa geran-geran baru mengandungi syarat-syarat baru yang akan merugikan mereka, tuan-tuan tanah terdiri daripada orang Melayu (Kapitan-Kapitan Melayu atau waris mereka] telah mengemukakan Petisyen di Mahkamah Tinggi Straits Settlement di Malacca pada tahun 1664.

Berdasarkan tulisan Jonathan Cave berjudul “NANING IN MALACCA” dan juga tulisan Lieut. T.J. Reynold, Esg., dari 23rd Reg. Madras Light Infantry, bertajuk “POLITICAL AND STATISTICAL ACCOUNT OF THE BRITISH SETTLEMENTS IN THE STRAITS OF MALACCA” juga disahkan oleh Arkib Negara, kawasan yang dinamakan “Pangkalla Awor” seluar 2.5 batu persegi dan “Sarang Gaja” serta “Pantchoor” seluas 2 batu persegi adalah kepunyaan “Intgi Haroom” dan anaknya Surin tidak pernah menyerah atau memindah hak tanah-tanah tersebut kepada sesiapa. Apabila The Mohamedan and Hindu Endowment Board ditubuhkan, Apabila tiada usaha oleh waris keturunan Kapitan Melayu menuntut harta peninggalan mereka, Mahkamah Tinggi Melaka telah menyerah kesemua harta dibawah amanah dan pentadbiran Lembaga.

Pada tahun 1918, Hajah Aminah binti Samsudin cicit kepada Datuk Samsudin bin Aroom, telah memfail Petisyen di Mahkamah Tinggi Melaka [Originating Summons No 13 of 1919] menuntut sebahagian dari harta tersebut [keputusannya tiada dalam rekod]. Mohamedan dan Hindu Endowment Board telah dimansuhkan oleh Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan dibawah Pengistiharan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung pada tahun 1994.

Majlis Agama Islam Melaka telah mengambil alih sebagai Pemegang Amanah dan Pentadbir Harta Pusaka Datuk Samsudin termasuk Masjid Kampung Ulu dan harta “Wakaf” nya melalui “Malacca Legal Notification” bertarikh 16hb. Januari 1964.

Satu Petisyen telah difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka [PETITION NO: 31-22-TAHUN 1989] dan seterusnya Usul Pemula [USUL PEMULA NO:23-4 TAHUN 1991].
Ianya terhenti ekoran pemergian Haji Ja’afar Bin Ahmad Shawal, ahli keturunan dan Penderma kepada kos-kos perbelanjaan tindakan Mahkamah, diikuti oleh Pemetition, arwahTuan Haji Abdul Latif. Tindakan melalui Mahkamah Tinggi ini telah memakan masa begitu lama dan menghadapi beribu rintangan serta onak dan duri selain memerlukan puluhan ribuan ringgit, [jika tidak ratusan ribuan ringgit].

Sementara itu juga, pelbagai masaalah perlu dilalui, termasuk Tangguhan demi tangguhan di mhkamah, penukaran demi penukaan Peguam, pertelingkahan diantara waris keturunan. Hakim-hakim sering berganti, tindakan menyingkir Pentadbir yang juga tidak jujur yang bukan waris keturunan yang melantik peguam yang bukan peguam. Tiada peguam Melaka yang sanggup mengambil alih dan meneruskan kuasa dimahkamah serta pelbagai masaalah yang tidak perlu saya huraikan didalam buku ini.

Mungkin dimasa hadapan, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bila perkara ini tidak menjadi ‘Sub-Judice’ lagi, cerita sedih dan derita serta serta pengianayaan yang ditanggung oleh kebanyakan Waris Keturunan dapat ditamatkan, dan bermulalah kegemilangan serta kehebatan Waris Keturunan Datuk Aroom, dengan terbangunnya ‘Perkampungan Hadhari Datuk Haroom” di Bukit Beruang dan Sungai melalui ‘Yayasan Datuk Aroom’ yang ditubuhkan sesuai dan sejajar dengan arahan dan amanat yang diwasiatkan oleh Datuk Samsudin bin Datuk Aroom, InsyaAllah.

Amin, Wassalam

Wednesday, 4 September 2013

PEMERINTAH NANING SUSUN STRATEGIK

Pemerintah Naning Susun Strategi Perang Gerila & Guna Senjata Tradisional Untuk Tumpaskan Askar British Ketika Peperangan Empat Bulan



ADA kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib adalah demi membela tanah air, penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

Mungkin ia disebabkan ‘KERAMAT’ atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan .

Selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Dato' Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832.

Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 - maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada  NEGERI KECIL NANING pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional.

Mengimbas perjuangan tokoh kebebasan tanah air itu, jelas bahawa ia berlaku atas semangat cintakan tanah air di kalangan penduduk Naning yang diketuai pemerintahnya iaitu Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said. Mereka bersatu padu menentang usaha British untuk menjajah negeri mereka.

Dol Said ketika itu adalah pemerintah NANING iaitu SEBUAH NEGERI yang berjiran dengan MELAKA jawatannya digelar Dato' Seroja Merah mengikut adat pepatih, tetapi TARAFNYA menyamai RAJA dan SULTAN.

Beliau dilahirkan pada 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang iaitu satu daripada dua suku yang bergilir memegang jawatan Dato' Naning, selain suku Biduanda. Tokoh pahlawan itu dilantik sebagai Dato' Naning kesembilan ketika berusia hanya 26 tahun.

Rentetan sejarah perjuangan penduduk Naning terhadap kuasa penjajah sudah berlangsung dalam tempoh yang lama membuktikan semangat nasionalisme anak watan sememangnya disemai generasi demi generasi.

Apabila Portugis menjajahi Melaka sekitar abad ke-16, Naning sering menyerang penjajah itu yang berkubu di negeri jiran mereka. Begitu juga apabila Belanda mengalahkan Portugis lalu mengambil alih pemerintahan Melaka pada abad ke-17, mereka turut diserang penduduk Naning.

Peperangan berdasarkan NEGERI JIRAN mereka iaitu MELAKA dijajahi rakyat asing dan sebagai negeri berjiran, Naning sering diganggu kuasa asing itu.

Seterusnya British mengadakan perjanjian bersyarat dikenali Perikatan London dengan Belanda pada 1824 iaitu British akan menyerahkan pemerintahan mereka di Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British .

Sejak itu, British menguasai dan memerintah Melaka dan bermulalah kisah persengketaan dan perjuangan suci antara Dol Said dan pengikutnya dengan kuasa asing itu, demi mempertahankan tanah air MERDEKA mereka iaitu Naning.

Sebelum itu pada 1801, ketika British memerintah Melaka sementara dari Belanda ketika Perang Napoleon, satu perjanjian sudah dibuat Naning yang diwakili Dato' Dol Said dan empat ketua suku dengan British, disebabkan Naning adalah NEGARA jiran kepada MELAKA yang dikuasai British.

Antara syarat perjanjian itu adalah Naning perlu menghantar satu persepuluh daripada hasil pertanian mereka kepada British. Sebelum ini pun Naning ada menghantar hasil pertanian mereka kepada Belanda sebagai tanda persahabatan dan apabila British memerintah, Naning bersetuju menghantar bahagian itu sebagai kelangsungan tanda persahabatan dengan Melaka (British) tetapi British pula menganggap Naning menghantar hasil itu disebabkan Naning tunduk kepada kekuasaan mereka .

Apabila Melaka dipulangkan kembali British kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon pada 1818, perjanjian penghantaran hasil itu mungkin turut dimansuhkan.

Belanda memerintah Melaka selama kira-kira tujuh tahun sebelum diserahkan kepada British melalui Perikatan London 1824. Apabila British kembali memerintah, mereka ingin menguatkuasakan kembali perjanjian penghantaran hasil tahunan Naning yang sudah dimansuhkan.

Bagaimanapun, takrifan satu persepuluh daripada hasil pertanian Naning seperti dikemukakan British adalah melampau dan terlalu tinggi sehingga membebankan penduduk.

Konflik timbul apabila British mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan berada di bawah pemerintahan British tetapi ia disangkal Dol Said yang menyatakan bahawa Naning adalah negeri merdeka.

Dol Said sanggup menghantar hasil tahunan sebagai tanda persahabatan tetapi tidak mahu menghantar jika British menganggap yang negeri itu adalah sebahagian dari Melaka dan mereka mesti tunduk kepada British .

Konflik itu berlarutan apabila Naning enggan tunduk kepada undang-undang diperkenalkan British apabila pada 1828, Dol Said menyelesaikan sendiri satu kes bunuh di Naning. Tindakan itu menyemarakkan lagi sengketa apabila British mendakwa kes bunuh itu perlu dihakimi oleh mereka di Melaka kerana Naning adalah sebahagian dari Melaka.

Dol Said diberi amaran oleh British berhubung perkara itu sehingga membangkitkan kemarahan tokoh itu.

Gabenor Negeri-negeri Selat (negeri-negeri selat adalah Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang diperintah British) iaitu Ibbetson melihat Naning sebagai jajahan Melaka yang ingkar dan menentang British menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menyerang dan menakluki negeri itu .

Keputusan itu menjadi pencetus kepada Perang Naning Pertama 1831. Sikap angkuh British menyebabkan mereka memandang rendah terhadap Naning dengan anggapan bahawa negeri kecil dan miskin itu mampu dikalahkan dalam tempoh sehari saja.

Lalu mereka menghantar pasukan kecil tentera iaitu seramai 150 anggota yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerang negeri itu pada 6 Ogos tahun itu.

Dol Said sudah menyedari rancangan serangan British itu menyebabkan dia mengumpul penduduk Naning dan mendapatkan bantuan ketenteraan negeri jiran antaranya dari Yamtuan Ali Rembau, Pembesar Sri Menanti, Penghulu Linggi dan Datuk Kelana Sungai Ujong .

Tanpa pengetahuan British, pasukan Naning sudah dibentuk dengan kira-kira 4,000 kekuatan tentera untuk menghadapi 150 tentera British. Bagaimanapun, British memiliki beberapa kelebihan kerana memiliki senapang dan membawa sebuah meriam manakala pasukan Dol Said sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Selain kekuatan anggota, Dol Said juga bijak merencanakan strategi perang apabila melancarkan serang gerila. Tentera British sentiasa diserang di kawasan hutan sejak mereka memulakan ekspedisi ke Naning.

Pasukan gerila hutan Dol Said menggunakan taktik menanam ranjau sebagai jerangkap samar ketika tentera British melalui laluan hutan. Mereka turut menebang pokok merentangi laluan tentera British sekali gus menghalang perjalanan mereka kerana British membawa meriam menggunakan kereta lembu.

Ketika tentera British sibuk dan leka membersihkan laluan dan mengalihkan pokok yang ditebang, pasukan Dol Said menyerang hendap mereka dan taktik serupa dilakukan berulang kali sepanjang laluan dari Melaka ke Naning, taktik itu nyata berkesan apabila tentera British terpaksa melarikan diri pulang ke Melaka akibat kecederaan, walaupun perjalanan mereka sudah memakan masa kira-kira 18 hari dan sudah sampai di Meleket iaitu kira-kira tujuh kilometer dari Naning. Melihat pasukan mereka pulang dengan kecederaan dan kalah teruk sebelum sempat menjejakkan kaki di Naning, pemerintah British menjadi berang dan mereka kembali mengumpul kekuatan untuk melancarkan gelombang Perang Naning Kedua 1832.
* Begitulah artikel yang dipetik dari pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali .


CATATAN :

Pabila diamati dan direnung sedalam-dalamnya cerita sejarah pemerintah melayu ini , sebagai melayu kita harus bangga dengan kehebatan empayar NANING ini . MENGAPA ???, Pernah ke MELAYU atau MELAYU  MELAKA dan yang lebih dekat lagi ANAK NANING sekarang ini sedar tentang hebatnya empayar ini , yang harus dibanggakan dan dijadikan asas idola jati juang diri didalam kesepakatan melayu ? . Ada , serasa lebih banyak yang tidak sedar . MENGAPA DIKATAKAN BEGITU ??...Sebagai Contoh kecil , PAPAN TANDA ARAH KEDIAMAN ISTANA PANJANG @ BALAI RASMI WILAYAH UNDANG NANING di SIMPANG AMPAT , ALOR GAJAH MELAKA dari sejak azali tidak pernah sesiapa pun diantara  MELAYU , MELAYU MELAKA atau ANAK NANING sendiri pun menyedarinya tiada pernah berpapan tanda . Sedangkan jikalau dari hujung utara semenajung malaysia ingin ke perkampungan PORTUGIS di Melaka pasti tidak akan sesat kerana ada petunjuk arah . Hanya pada Tahun 2012 baru sahaja papan tanda penujuk arah ke kediaman waris dan pemerintah ke 19 Naning itu di wujudkan . Itupun dgn adanya pejuang anak-anak melayu yang berketurunan PAGARUYUNG dari negeri yang jauh dari melaka bersama membantu memperjuangkan hingga ke hari ini . Dimana MELAYU , MELAYU MELAKA dan  ANAK NANING ??....Mungkin mereka ini TERLUPA....

Dan contoh yang paling benar , mengapa dikatakan empayar NANING ini hebat ?.....Sehebat-hebatnya kegemilangan sejarah Kesultanan Melayu Di Melaka tetapi kini Negeri Melaka tiada besultan akan tetapi sekecil-kecil wilayah naning ketika dahulu , ia tetap masih kekal disitu dan masih lagi beradat yg diistadatkan......

Bak bagai dikata dek Si NABIL...." LU FIKIR LAH SENDIRI "