"Pijak melaka gegar serata ,
Gagah melangkah berundur tiada .
Dengar nama...bangsa barat bergoncang jiwa ,
Sedihhh...kini bukan sekadar MELAKA malah ANAK BANGSA pun dah TERLUPA"
- Waris Panglima Kinta -
Penghijrahan Orang Minangkabau
Pada
permulaan abad ke-13 M, orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai
tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang
Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya
memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang
Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka
dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri
Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku
Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang Minangkabau yang datang
kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau.
Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan
Payakumbuh.
Dari
suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang
dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang
DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan
Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan.
Sejarah Yang Dipertuan Besar
Ketibaan
Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan
institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri
Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu)
dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja
tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.
Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah
Sultan atau raja.
Nama
Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada
persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian
daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka,
Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian
daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi
sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian
daripada Selangor.
Rembau dan Naning
merupakan dua kawasan yang banyak disebut dalam sumber Belanda
sepanjang abad ke-17 iaitu selepas kuasa Belanda menakluki Melaka pada
tahun 1641. Tetapi hubungan orang Minangkabau dengan Belanda sentiasa
renggang. Melaka berasa teracam.
Kerajaan Johor pula berbaik-baik dengan Belanda sejak 1630-an kerana
sering memberi bantuan kepada Belanda menentang Portugis di Melaka.
Pada
tahun 1673, Johor Lama telah dimusnahkan oleh orang Jambi. Sultan Abdul
Jalil (1623-1677) terpaksa melarikan diri dan menetap di Pahang dan
mangkat di sana. Orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning
mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyong
bagi memerintah negeri-negeri yang didiami orang Minangkabau di
Semenanjung. Itu merupakan kali pertama percubaan untuk mewujudkan
sebuah kerajaan Minangkabau di Semenanjung. Anak raja Pagar Ruyung, Raja
Ibrahim tiba pada tahun 1677, diiringi menurut laporang Belanda oleh
3770 orang Sumatera. Orang Belanda di Melaka berasa cemas, kebimbangan
kerajaan Johor lebih ketara lagi kerana pengaruh dan kewibawaannya ke
atas petempatan-petempatan Minangkabau itu terancam. (Kim, 1990: 4)
Pada
awal abad ke-18, Raja Kechil dari Siak berjaya merampas takhta Johor
menjadikan kedudukan orang Minangkabau lebih kukuh di Semenanjung. Pada
awal 1721, orang Bugis mula mencabar kewibaan dan kuasa Raja Kechil.
Mereka diketuai oleh Daeng Marewa. Raja Kechil berhasrat membunuh Sultan
Abdul Jalil di Pahang dan menyerang Linggi pada tahun yang sama, usaha
ini gagal. Oleh itu Orang Bugis melanggar Riau dan membunuh ramai orang
Minangkabau di sana. Setelah itu orang Bugis mengangkat Raja Sulaiman,
putera Sultan Abdul Jalil sebagai sultan Johor yang baharu. Daeng
Marewa, ketua orang Bugis dilantik sebagai Yamtuan Muda.
Tetapi
persaingan orang Bugis dan Raja Kechil belum berakhir. Raja Kecil cuba
menyerang orang Bugis dengan menggunakan angkatan laut yang kuat. Raja
Kechil cuba mendapatkan sokongan orang Minangkabau di Semenanjung.
Sumber Belanda pada waktu itu menyatakan Raja Rembau ialah Raja Melewar.
Raja Melewar tidak menyokong Raja Kechil kerana sumber Belanda
mengatakan Raja Kechil menghantar Raja Khatib untuk menentang Raja
Melewar. Pada awalnya Raja Khatib berjaya meluaskan pengaruhnya ke
naning serta kawasan-kawasan lain seperti Seri menanti, Johol dan
Tampin. Tetapi dalam serangan balas yang dilancarkan oleh Raja Melewar,
Raja Khatib tewas, kemudian diberkas oleh orang Belanda dan dihantar
balik ke Siak pada 1728. (ibid, 5)
Tidak
dapat dipastikan tarikh yang tepat ketibaan Raja Melewar dari Pagar
Ruyung, Minangkabau. Pada tarikh 1727 hingga 1728 dikatakan beginda
telah memerintah Rembau. (Ibid, 6). Mengikut salasilah Raja-raja
Minangkabau Sultan Abdul Jalil Johan, Raja alam Minangkabau yang
bertakhta di Istana Gudam Pagaruyung telah memilih anakandanya Raja
Mahmud yang lebh dikenali dengan nama Raja Melewar. Pemergian Raja
Melewar dibekalkan oleh ayahandanya sehelai rambut panjang kepunyaan
Sultan Abdul Jalil Johan seabagi simbol keturunan dan kebesaran. Baginda
telah dilantik dan diabalkan sebagai Yamtuan oleh Undang Yang Empat
pada tahun 1773 dan memegang jawatan sehingga kemangkatannya pada tahun
1795. (Nadzan, 2005:, 335)
Pada
1773 lagi, institusi beraja telah wujud secara rasmi di Negeri Sembilan
apabila negeri itu ditubuhkan dengan gabungan sembilan buah daerah
iaitu Rembau, Tampin, Jelebu, Johol, Jempol, Sungai Ujong, Inas dan
Terachi, Hulu Muar dan Gunung Pasir. Tetapi kini pembahagian daerah
telah ditukar untuk tujuan pentadbiran.
Pada
awalnya jawatan Yamtuan ini tidak jatuh pada keturunan. Bila Yamtuan
Melewar mangkat sipohon seorang lagi penggantinya dari Minangkabau. Anak
raja yang didatangkan terus dari Pagaruyung kali ini bernama Raja Hitam
yang menduduki takhta Sri Menanti antara tahun 1795-1808. Selepas
kemangkatan baginda, diutuskan seorang lagi anak Raja Pagaruyung bernama
Raja Lenggang yang menjadi Yamtuan dari tahun 1808 hingga tahun 1824.
Ketiga-tiga anak raja yang dijemput telah diberi sambutan di Kampung
Penajis dalam luak Rembau di mana didirikan sebuah istana untuk
kemudahan persinggahan sebelum meneruskan perjalanan merentas hutan dan
bukit-bukau ke Seri Menanti. (ibid, 335)
Dinasti
Seri Menanti bermula dari Yamtuan keempat iaitu Yamtuan Radin anak
Yamtuan Lenggang yang menaiki takhta pada tahun 1830. Kemangkatan
Yamtuan Radin pada tahun 1861 telah dilantik pula Yamtuan Imam, adinda
Yamtuan Radin yang menduduki takhta dari tahun 1861 sehingga 1869.
Berlaku kekosongan untuk beberapa tahun disebabkan putera Yamtuan Imam
yang menuntut takhta kerajaan telah tidak dilantik oleh Undang Yang
Empat. Kekosongan ini berlarutan beberapa tahun sehingga Tuanku Antah
putera Yamtuan Radin dipilih dari tahun 1872 hingga 1888. Ketika ini
pengaruh British telah meluas ke seluruh Negeri Sembilan, Tuanku
Muhammad iaitu anak Yamtuan Antah telah dilantik menduduki takhta
kerajaan. Oleh kerana usia baginda masih muda tatkala menaiki takhta
Yamtuan Muhammad kekal sebagai Yamtuan Seri Menanti dan kemudiannya Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 45 tahun (1888-1933).
Selepas
kemangkatan baginda, terdapat beberapa calon bagi takhta Yamtuan,
antaranya dua calon terkemuka iaitu adinda almarhum. Tuanku Besar
Burhanuddin dan putera sulung almarhum bernama Tuanku Abdul Rahman.
Undang yang empat telah memilih dan melantik putera almarhum, Tuanku
Abdul Rahman dan kekal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
selama 27 tahun (1933-1960). Apabila baginda mangkat, anakanda baginda
yang sulung, Tunku Munawir telah dilantik menggantikannya dan menaiki
takhta selama tujuh tahun sebelum mangkat. (ibid, 336)
Pengganti Tunku Munawir ialah Tunku Jaafar yang menaiki takhta pada 1960 hingga mangkat pada 2008. Apabila
Tunku
Jaafar mangkat, Undang Yang Empat Negeri Sembilan telah memilih Tunku
Mukhriz ibn Almarhum Tunku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan yang baharu.
Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri
Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang
memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.
SALASILAH YANG DIPERTUANAN NEGERI SEMBILAN
1. Raja Melewar 1773-1795
2. Raja Hitam 1795-1808
3. Raja Lenggang 1808-1824
4. Raja Radin 1824-1861
5. Yamtuan Imam 1861-1869
6. Tengku Ampuan Intan (Pemangku Raja) 1869-1872
7. Yamtuan Antah 1872-1888
8. Tuanku Muhammad 1888-1933
9. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960
10. Tuanku Munawir 1960-1967
11. Tuanku Jaafar 1967-2008
12. Tuanku Mukhriz 2008-kini
Rujukan
Khoo Kay Kim (Prof. Dato’), 2004, Negeri Sembilan: Sejarah Awal dan Sistem Politiknya, dalam Norazit Selat (ed.), Negeri Sembilan Dahulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Nadzan
Haron (Prof. Madya Dr.), 2005, Institusi Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan: Sejarah dan Adat Istiadatnya, Kertas Kerja Seminar Kesultanan
Melayu Nusantara, Anjuran UKM & Muzium Negeri Pahang, Kuantan, 2005.
dan pelbagai sumber.
2. Raja Hitam 1795-1808
3. Raja Lenggang 1808-1824
4. Raja Radin 1824-1861
5. Yamtuan Imam 1861-1869
6. Tengku Ampuan Intan (Pemangku Raja) 1869-1872
7. Yamtuan Antah 1872-1888
8. Tuanku Muhammad 1888-1933
9. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960
10. Tuanku Munawir 1960-1967
11. Tuanku Jaafar 1967-2008
12. Tuanku Mukhriz 2008-kini